Punca Jakel Shah Alam Terbakar Telah Dikenalpasti, Ini Jumlah Kerugian Yang Dianggarkan. Sangat Banyak Nilainya

KEBAKARAN yang menyebabkan bangunan tiga tingkat milik Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, musnah dijilat api dipercayai akibat litar pintas.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menerusi satu kenyataan, pada Ahad.

“Punca kebakaran dipercayai litar pintas dari premis tersebut.

“Jumlah kerugian masih belum diketahui,” katanya sambil menambah, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Ujar Mohd Iqbal, pihaknya menerima maklumat awam kira-kira pukul 7.10 pagi berhubung kebakaran itu.

Pihak bomba yang dihubungi menggerakkan sembilan buah jentera ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata kebakaran berkenaan mengakibatkan kerugian yang dianggarkan hampir RM100 juta.

Ujarnya, syarikat memperoleh keuntungan kira-kira RM300 juta setahun menerusi hasil jualan di cawangan berkenaan.

“Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat,” ujarnya sambil menambah, beliau mengetahui mengenai kebakaran berkenaan selepas dimaklumkan adiknya.

Mohamed Faroz juga berkata, beliau yakin ada hikmah di sebaliknya insiden berkenaan dan reda dengan apa yang berlaku.

Terdahulu, mStar melaporkan Wisma Jakel di Shah Alam dijilat api pada pagi Ahad.

Kejadian tersebut mengejutkan orang ramai yang lalu lalang di kawasan Seksyen 7 Shah Alam, Selangor tatkala melihat kepulan asap tebal dan api marak dengan begitu cepat.

Difahamkan, kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat.

Video dan foto di lokasi kejadian turut dikongsikan orang ramai di media sosial.

Ini Komen Pemilik Jakel Selepas Gedung Jakel Di Shah Alam HangusTerbakar. Dia Beritahu Apa Akan Terjadi Kepada Pekerja Di Jakel Tersebut.

Pemilik gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 di sini, menanggung kerugian ratusan juta ringgit apabila gedung tersebut musnah dalam kebakaran pada Ahad.

Kebakaran berlaku ketika jendela tahun baharu membuka tirainya itu turut menyebabkan bangunan bersebelahan gedung berkenaan mengalami kerosakan berikutan api merebak dengan cepat.

Ketua Pegawai Operasi Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 6.45 pagi dan masih berada di kediamannya di Kuala Lumpur sebelum dimaklumkan kedainya terbakar.

“Saya dan adik bergegas ke Shah Alam dan sebaik tiba di lokasi kami melihat keadaan kemusnahan bangunan agak teruk dan tidak sempat hendak selamatkan apa-apa di bahagian berkenaan.

“Kami reda dengan ketentuan Ilahi kerana setiap perkara berlaku ada kebaikan akan datang, rahsia itu tiada siapa tahu, jadi saya pasrah dan reda,” katanya kepada Sinar Harian ditemui di lokasi pada Ahad.

Pemilik Jakel menanggung kerugian ratusan juta ringgit apabila gedung tersebut musnah dalam kebakaran pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohamed Nizam berkata, pihaknya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika gedung pakaian itu belum mula beroperasi dan tiada pekerja yang berada di dalam bangunan berkenaan.

Menurutnya, Jakel juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membantu walaupun perusahaan keluarganya musnah kerana dapat menyelamatkan kedai yang berdekatan.

“Kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggung namun kerugian kali ini amat besar apabila barang yang disimpan di setiap lima aras bangunan boleh dikatakan musnah.

INI NASIB PEKERJA JAKEL SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Pekerja Jakel membawa keluar barang barang yang sempat diselamatkan.

“Jakel Shah Alam digerakkan oleh 500 kakitangan dan kami memberi jaminan nasib pekerja akan dijaga dan mereka juga akan menerima gaji seperti biasa walaupun gedung pakaian ini musnah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.

Menurutnya, sebanyak tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 38 pegawai dan anggota dari tujuh BBP kemudiannya ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan dan kerja-kerja pemadaman masih lagi dijalankan setakat jam 12.00 tengah hari pada Ahad.

VIDEO:

 

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*