Bahagia Hidup di Samping 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri Faizal Hussein Yang Ramai Tak Tahu!

Bahagia Hidup di Samping 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri Faizal Hussein Yang Ramai Tak Tahu!

Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya. Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air.

Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.

Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi hebatnya. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.

Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal kini mencecah usia 53 tahun.

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Potret bahagia keluarga Faizal Hussein pada 1 Syawal

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

 

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Di samping anak gadis

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Di sebalik kejayaan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2012 ini, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni.

Suhaila Sulaiman yang bakal meniti usia 44 tahun pada 29 Jun nanti juga seorang pelakon dan pernah bergandingan bersama Faizal Hussein menerusi drama Sayang Puteri.

Sebaik mendirikan rumah tangga bersama Faizal Hussein pada tahun 2004, nama Suhaila seakan sepi daripada industri seni. Dia dilihat lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu.

Hasil perkongsian hidup 16 tahun, pasangan bahagia romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang menyambut ulang tahun ke-15 pada 5 Jun lalu sementara anak lelaki mereka, Fazrick kini berusia 12 tahun.

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

 

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

 

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

M3ngamati wajah k3dua-dua cahaya mata ini, tidak syak lagi m3r3ka b3rdua m3warisi k3cantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup b3rbakat dalam bidang s3ni sama s3p3rti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang c3m3rlang dalam akad3mik dan b3rs3kolah di Maktab R3ndah Sains Mara (MRSM) di N3g3ri S3mbilan.

Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

 

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

 

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat.

Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang, pasti mereka meluangkan masa bersama.

Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.

Sumber Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*