
Selepas beberapa kali, Zarina Anjoulie dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey menjadi tumpuan ramai di media sosial nampaknya satu muat naik terbaharu pelakon tersebut membuatkan ramai turut sama teruja.
Zarina Anjoulie atau turut mesra dipanggil Anju mencuri tumpuan ramai beberapa jam yang lalu apabila dia berkongsikan satu rakaman video yang mana dia dalam pada masa sama meluahkan rasa teruja kerana pada hari tersebut dia pergi menempah baju kahwin daripada sebuah butik yang sangat disukainya.
Zarina Anjoulie luah rasa teruja
Pelakon ini juga dalam rakaman klip video yang dikongsikan menunjukkan dia dan teman lelaki ke butik pengantin tersebut bersama-sama dan mengukur baju mereka.
Zarina Anjoulie juga berkongsikan baju-baju yang disukainya selain turut berkata bahawa dia senang bekerja sama dengan pihaknya.
“Salam guys sangat teruja for today sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin Anju hanya hansminofficial sahaja! His the best! Baju semua cantik-cantik, I trust him with my life untuk baju kahwin saya.
(Masa kahwin dulu pun hansminofficial yang buat baju Anju) So memang dah senang kerja dengan dia. Pakej-pakej dia pun Alhamdulillah mampu milik. Korang serius kena try servis hansminofficial.” Tulis Zarina Anjoulie diruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Wargamaya Teruja
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai netizen meninggalkan respon positif. Malah ada juga yang mengatakan Zarina kelihatan semakin berseri dan tidak sabar menantikan hari bahagia mereka berdua.
“Wow, sangat tak sabar untuk hari bahagia, Anju sangat cantik.
“Tahniah Anju & DS.
“Mesti Anju nak nikah ni.
“Berseri seri bakal pengantin,” antara komen netizen.
Sejak kebelakangan ini, Khazrul ada berkongsi beberapa video menunjukkan kemesraan bersama Zarina termasuk ketika membelikan gelang emas untuk kekasih hatinya itu.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan pasangan ini hingga ke hari pernikahan seterusnya meniti cinta hingga ke Jannah.
Sumber: Murai/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply