Isteri Saja Buat Kek Bentuk Kvbur Untuk Suami Tapi Memang Tak Sangka Bila Suami Dia Betul Betul ‘Pergi’ 10 Hari Kemudian

SETIAP kali beralih memasuki tahun baharu, ia bagaikan satu trend bagi rata-rata individu berkongsi ucapan atau highlight yang berlaku kepada mereka sepanjang tahun.

Ada yang berkongsi kisah suka dan duka, kejayaan, kehilangan serta azam ingin cuba dicapai bagi tahun baharu.

Wanita ini tidak terkecuali berkongsi kisah yang terus segar dalam ingatannya apabila kehilangan suami pada 13 Januari 2022.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa gurauan pada hiasan kek sempena menyambut ulang tahun kelahiran suaminya itu menjadi realiti.

Hasil imbasan ultrasound beserta dialog pasangan ini.

“Siapa suruh letak kubur (hiasan) atas kek. Kan dah betul-betul dekat kubur (meninggal dunia),” tulisnya pada video dimuat naik.

Jika diteliti pada gambar yang dikongsikan di TikTok, kek yang diberikan kepada suaminya pada 3 Januari tahun lalu dihiasi replika sekotak rokok serta dua buah batu nisan.

Walaupun ia hanya satu kebetulan, namun sudah pasti rasa bersalah membelenggu wanita ini kerana menurutnya dekorasi kek kubur itu hanyalah sebagai peringatan supaya suaminya berhenti merokok.

“Maafkan sayang. Niat hanya nak suruh berhenti merokok,” jelasnya pada ruangan kapsyen.

Selain itu pada perkongsian sama wanita ini turut berkongsi tentang kehamilan anak pertama mereka pada Januari lalu setelah usia perkahwinan sembilan bulan.

Jelas wanita itu lagi yang memiliki masalah cyst, suaminya merupakan insan paling gembira ketika mendapat tahu mengenai berita kehamilan itu.

Lebih memilukan apabila suaminya, seolah-olah mengetahui bahawa dia bakal pergi meninggalkan isteri dan anak yang bakal dilahirkan dengan menitipkan pesanan.

Menurutnya, si suami meminta agar dia membuka buku (rekod kesihatan ibu) di klinik swasta ketika mereka membuat imbasan ultrasound di Klinik Primer Lembah Sireh Dr Siti Sabariah Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

Detik hitam dalam hidupnya bermula apabila suaminya terpaksa ditidurkan pada 8 Januari disebabkan demam berpanjangan dengan suhu sekitar 40 darjah celsius selama dua minggu.

Dalam perkongsian sama, dia juga menunjukkan foto anak perempuannya yang selamat dilahirkan 8 Ogos.

Amirah melahirkan anak mereka tanpa suami di sisi.

Majlis aqiqah dibuat oleh keluarga arwah bagi menyambut kehadiran insan baharu ini pada Disember baru-batru ini.

“Famili ayah (merujuk kepada suaminya) buatkan aqiqah untuk anak kita. Tunaikan janji ayah.

“Tapi ayah janji nak bersanding dengan mummy dan baby masa aqiqah. Tapi ayah tipu,” luahnya yang sedih dengan kehilangan suami.

Perkongsian wanita ini di TikTok berakhir dengan foto anaknya dipegang salah seorang ahli keluarga ketika melawat kubur arwah.

Sebagaimana dikongsikan, kubur tersebut baru sahaja dibaik pulih setelah mengalami kerosakan berikutan banjir berlaku baru-baru ini.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*