Ramai Yang Terpegun Lihat Kecantikan Pelakon Nora Danish. Tak Sangka Bila Dapat Tahu Umur Beliau

Ramai Yang Terpegun Lihat Kecantikan Pelakon Nora Danish. Tak Sangka Bila Dapat Tahu Umur Beliau’

Kuala Lumpur – Jika sebut nama Nora Danish, tentu ramai yang cukup mengenali dengan selebriti jelita ini. Pernah p opular disebabkan watak siri sitkom berjudul Puteri, dia sehingga kini masih diingati ramai peminat.

Nora Danish selain mempunyai rupa paras cantik, dia juga antara pelakon wanita yang dikagumi ketika berlakon dan dia adalah salah seorang pelakon filem mahupun drama yang menerima pujian ramai.

Sekadar info, Kerjaya hiburan Nora bermula pada 2004 sewaktu menjayakan iklan Gadis M.isteri Hotlink. Pada tahun berikutnya, ketika berusia 23 tahun, Nora mula mendapat perhatian umum sewaktu menjayakan peranan utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M Osman.

Beliau bekerja sekali lagi di bawah arahan Aziz dengan membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Gila-Gila Pengantin Popular lakonan Norman Hakim, Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Pada tahun berikutnya, beliau mempunyai peranan sebagai Dr Lisa dalam filem Senario Dalam Pemb.uru Emas.

Nora Danish bagaimanapun sering menjadi perhatian ramai, terutama di media sosial miliknya apabila dia juga aktif berkongsikan perkembangan dirinya.

Dalam perkongsian Nora Danish, tentu dia menerima pujian ramai tentang kecantikannya. Apatah lagi, dalam mencecah usia 40 tahun dia dikatakan tidak dim.akan usia.

Menerusi rakaman video terbaharu ini pula, Nora Danish buatkan ramai terpegun melihat kejelitaannya sehingga sukar untuk peminat percaya dia sudah berusia 40 tahun apabila ramai menghujani ruangan komen dengan mengatakan dia lebih kelihatan 20an.

Perkongsian Nora Danish di Instagram peribadinya itu menerima ribuan tanda suka disamping diruangan komen pula, dia dihujani pelbagai pujian netizen dan peminat.

Antara Reaksi Peminat

Apa ni cantik sangat. Macam Song Jihyo sangat pulak tu.

Nampak macam 20an ja, cantik sangat Nora ni aihh.

Adeh lawanya Nora, sempoi bakhang suka sangat tengok style tak berhias macam ni. Muda 10 tahun nampak.

Anak cakap mama betul ke Nora Danish sebaya mama, ingat dia 20 lebih.

Kredit : HCL/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*