Siapakah beliau? Sejak zaman nenek moyang lagi gambar beliau ada didalam duit kertas kita.

Siapakah beliau? Sejak zaman nenek moyang lagi gambar beliau ada didalam duit kertas kita.

Kita sedia maklum bahawa sejarah matawang Malaysia bermula pada tahun 1967.

Penulis tidak tahu pada berapa haribulan dan bulan nya tapi yang pasti tahun nya ialah 1967. Duit Kertas & Syiling untuk matawang Malaysia bermula pada tahun yang sama.

Jadi pada tahun 1967, rakyat Malaysia pertama kali menggunakan matawang sendiri di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai Ringgit Malaysia.

Untuk pengetahuan kita semua, inilah gambar asal sebelum dicetak di atas not wang kertas Ringgit MaIaysia (RM).

Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong MaIaysia yang pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit MaIaysia (RM).

Tak kira not nilai kecil dari rm1 hingga rm100, wajah beliau lah yang terpapar diatas wang kertas negara kita. Wang kertas yang sudah berubah wajah beberapa kali namun wajah beliau masih dikekaIkan sebagai simbolik duit ringgit MaIaysia.

Siapakah gerangan empunya wajah yang terdapat pada matawang negara kita ini? Dahulu ada yang kata dia raja pertama MaIaysia dan ada juga yang kata dia perdana menteri pertama MaIaysia. Mana satu yang betul? Jom baca perkongsian di bawah ini!

Nama beliau ialah Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah MeIayu. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960…

Boleh tahan lama juga Tuanku urus tadbir negara kita ya. Cuba tgk duit korang sama tak?

CIRI MATAWANG MALAYSIA (SYILING)

Bahagian Depan – Mempunyai nilai syiling tersebut, tahun syiling tersebut dikeluarkan Terdapat beberapa sedikit corak geometri

Bahagian Belakang – Mempunyai gambar bangunan “Parlimen” di belakang nya dan huruf GC yang halus

Sedikit kisah ringkas, Pada tahun 1966, Bank Negara Malaysia telah membuat pertandingan untuk mereka bentuk corak & gambar pada syiling pertama Malaysia. Pertandingan ini dibuat dengan kerjasama Bank Negara Malaysia. Pada masa itu sebanyak 45 orang pereka Malaysia yang memasuki pertandingan tersebut. Dan pemenang untuk pertandingan tersebut ialah En. Chong Yum Fatt iaitu anak kelahiran Sabah telah mengalahkan 44 orang pereka yang lain.

Antara reka bentuk yang dibuat ialah dengan rekabentuk gambar Monyet, Tenggiling, Tapir, Ayam Hutan & Kijang. Dan hakim pada pertandingan itu adalah beberapa wakil dari Bank Negara Malaysia termasuk Gabenor Bank Negara Malaysia pada masa itu, Tun Tan Siew Sin.

Namun rekabentuk ini ditolak oleh Tungku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Pertama kerana ia takut bahawa orang luar akan beranggapan Orang Malaysia makan binatang-binatang ini. Jadi ia tidak sesuai digunakan untuk keluaran syiling Malaysia.

Selepas itu Tungku Abdul Rahman mencadangkan bahawa banguna Parlimen digunakan sebagai gambar belakang coin pertama Malaysia. Malahan ia juga lambang Malaysia sebagai negara berdemokrasi. Cerita tentang ini nanti penulis akan ceritakan dengan lebih detail di tajuk akan datang “Pertandingan Sampel Coin Pertama Malaysia”.

CIRI MATAWANG MALAYSIA (KERTAS)

Bahagian Depan – Potret Agong Malaysia yang Pertama, Nilai matawang tersebut (Nombor & Perkataan), Siganatue Gabenor & No siri

Bahagian Belakang – Lambang BNM, Nilai matawang tersebut (nombor), corak geometri & nama printer duit kertas tersebut. Untuk 1000 Ringgit terdapat gambar Parlimen Malaysia.

Sumber : Kisah Dua Minit

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*