
“Patutlah Drama Abe Yie Padu Teruk” – Ini Profil Dan 1O Fakta Menarik Sabri Yunus Yg Ramai Tak Tahu
” Melaung-laung macam dalam parlimen. Berhenti rehat sekejap pastu sambung balik bertekak, tapi tindakan takde..”
Itu antara dialog sinikal Pokya Seghedam, lakonan pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus dalam salah satu babak drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti.
Drama 16 episod yang mula ditayangkan sejak Isnin lalu ternyata telah mencetus fenomena khususnya kepada penggemar drama Melayu berkualti dan mempunyai nilai-nilai estetika.
Bukan sahaja dibintangi oleh pelakon-pelakon terbaik tanahair, tetapi boleh dikatakan setiap tutur atau dialog dalam drama ini mempunyai maksud mendalam yang ‘mesej’ kepada masyarakat.
Siapakah insan bernama Sabri Yunus ini?
Justeru, pihak Muzik Jalanan berminat untuk berkongsi maklumat tentang siapa sebenarnya pemilik nama sebenar Mohd Sabri Bin Yunus ini.
Lahir pada tahun 1961 di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Sabri merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik.
Ayahnya seorang Tok Penghulu dan juga tukang gunting rambut, manakala maknya pula suri rumah sepenuh masa.
Sabri juga sangat meminati seni budaya terutama dari Kelantan. Seni dikir barat contohnya amat dekat dengan Sabri biarpun menjadi tok jogho dikir barat selepas sudah berhijrah ke Kuala Lumpur.
Bukan hanya seni budaya Kelantan, Sabri memahami tentang budaya orang Melayu; faham apa masalah dan sikap orang Melayu. Sebab itu setiap karyanya mempunyai sentuhan tersendiri.
Berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuka peluang kepada Sabri untuk berkenalan dengan lebih ramai aktivis-aktivis seni. Di DBP, Sabri diberi tugas sebagai pereka grafik.
Di DBP jugalah, Sabri mula aktif dengan dunia teater dan bakatnya mula dikesan apabila mula diberi watak Pak Hasan Muda atau Tok Selampit menerusi teater “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” arahan Tan Sri Johan Jaaffar.
Seniman sejati karya-karyanya sentiasa dekat dengan masyarakat. Begitu juga Sabri, karya-karyanya, baik menerusi filem atau drama sering menyentuh kisah di sekeliling masyarakat.
U-Wei menganggap Sabri sebagai seorang yang sensitif (begitulah sikap seorang seniman), yang sering mengambil kisah-kisah kecil yang besar ceritanya.
Sama seperti PYCC, bagi orang lain ia cuma kisah kecil tetapi Sabri mampu menjadikan kisah kecil Pok Ya itu menjadi sebuah cerita yang besar.
Mampu menyinggung masyarakat dalam watak dan kisah dalam PYCC. Berbeza dengan pengarah lain (tidak semua) yang mengambil kisah-kisah besar yang kecil ceritanya.
Seperti kata Al-Jafree, karya karya Sabri sangat dekat dengan Masyarakat. Sesuatu yang susah kita untuk lihat sekarang sebab banyak pengkarya sibuk mahu jadi ‘orang lain’.
Sabri tidak berusaha menjadi ‘orang lain’ dalam karyanya kerana dia sedar menjadi diri sendiri lebih bermakna kepada diri kesenimannya.
Sebagai pelakon, Sabri tidak pernah gagal memberikan impak dalam watak yang dibawakan.
Patah balik ke sitkom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”, mereka yang membesar di era sitkom popular itu tidak akan melupakan watak Wan Ismail Golok yang dibawa oleh Sabri.
Selepas beberapa tahun dikenali dengan nama Wan Ismail Golok, ke mana-mana Sabri pergi, ada yang memanggilnya Wan Ismail Golok.
Tahun 2018, Wan Ismail Golok dilupakan, ke mana-mana Sabri pergi ramai yang memanggilnya Pok Ya seolah-oleh itulah nama sebenarnya.
Seperti Wan Ismail Golok, Pok Ya juga merupakan karakter lelaki dari Kelantan yang mempunyai sifat tersendiri.
Dilihat garang tetapi sebenarnya mudah diajak berbincang namun tegas apabila sudah ada satu keputusan yang dirasakan betul.
7 Fakta menarik tentang Sabri Yunus
1) Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Arwh bapanya dan ibunya berkongsi tarikh lahir yang sama (25 Mac)
2) Sabri berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, Syamimi dan Syazni. Isteri Sabri, Norraya Mohd. Yusof telah meninggI dnia pada 11 Ogos 2007 ak1bat knser.
Allahyrham meinggI dnia pada jam 2 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Jnzah dikebvmikan di Beranang.
3) Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, dan pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas.
4) Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu.
5) Sabri membesar dan bersekolah di Kelantan sebelum membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur selepas mendapat tawaran kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
6) Beliau meminati lakonan Allahyrham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi.
7) Nama Sabri Yunus mula dikenali ramai selepas terbabit dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992 dengan watak sebagai Wan Ismail Golok.
8) Sepanjang bergelar anak seni, beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005) dan Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993, 1994, 1995, 1996, 1998 dan 2000).
9) Sabri Yunus (bersama Saiful Apek) merupakan pemenang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular terbanyak sepanjang zaman apabila masing-masing memenangi 6 anugerah.
10) Kini, anak Sabri iaitu Saidi sering membintangi drama-drama arahan Sabri termasuk PYCC:Memburu Siti. Diharapkan Saidi mengambil kesempatan ini untuk mencedok seberapa banyak ilmu agar dapat menyambung legasi bapanya nanti.
Sumber/Kredit: awani, muzikjalanan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply