
Anak Perempuan PM 10, Anwar Ibrahim Dibulii Atas Jalanraya. Nurul Ilham Anwar Ceritakan Apa Yg Berlaku
Anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar pada Jumaat mendakwa beliau telah menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.
Beliau yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya pada Jumaat.
Berdasarkan perkongsian video berdurai 14 saat itu, pemandu sebuah kenderaan jenama Proton telah beberapa kali menekan brek di lorong laju.
Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan.
“Saya biasanya tidak menyiarkan perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini terus menekan brek di lorong terpantas.
“Sangat berbahaya dan saya mempunyai anak yang berumur 2 tahun bersama saya. Berada di sana selama satu minit sebelum dia bertukar ke lorong seterusnya,” katanya.
Tambahnya, kejadian tersebut dikesan bermula dari sebuah plaza tol apabila pemandu kereta terbabit telah membunyikan hon ke arah kenderaannya.
“Mula-mula nampak kereta ini dekat pintu tol apabila dia membunyikan hon ke arah saya untuk menuju ke lorong Touch N Go.
“Saya telah memberi isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat untuk dia pergi ke kanan (ke arah lorong Smart Tag). Rasanya dia marah tentang itu,” jelasnya.
VIDEO:
I don’t usually post these things but I was bullied on the road today. ☹️This car kept on pressing the brakes on the fastest lane. Super dangerous and I had my 2 year old with me. Was there for a good 1 minute before she (yes, she) changed to the next lane. pic.twitter.com/dBFli21eHU
— Nurul Ilham Anwar (@eelhumm) January 20, 2023
Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna Twitter dan ada antara mereka menggesa Nurul Ilham supaya membuat laporan polis.
PEMANDU KERETA MEMANDU SECARA BERBAHAYA DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN
20 Januari 2023 – Tular satu video yang berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta jenama Proton Iris warna hijau no.plat kenderaan WB 7482 M yang dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).
Tindakan sebegini boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu yang lain.
JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan no.plat kenderaan ini telah dikenalpasti.
Sumber : Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply