Syamsul Yusof Tak Nak Di ganggu, Tengah Sibuk Shooting “Tapi Nampak Dia Kusut, Fikiran Terganggu”

Syamsul Yusof Tak Nak Di ganggu, Tengah Sibuk Shooting “Tapi Nampak Dia Kusut, Fikiran Terganggu”

Penerbit Eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail berkata fikiran Syamsul Yusof terganggu disebabkan kemelut rumah tangga yang sedang melandanya sekarang.

Walaupun Syamsul tidak pernah berkongsi masalah peribadi, namun Saniboey dapat menghidu dia berada dalam dilema dan sedang kusut.

Namun sekarang Syamsul tak nak diganggu kerana mahu memberi fokus dengan pembikinan filem The Original Gangster.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, dia tak mahu diganggu di set penggambaran. Rasanya ramai yang tahu, dia kini sedang sibuk.

“Saya tak campur urusan peribadinya tetapi tak dinafikan, memang boleh tahu. Fokusnya sedikit terganggu berikutan isu yang sedang berlaku,”katanya kepada Utusan Online.

Saniboey mengakui ‘progress’ di set penggambaran juga terjejas namun tidaklah teruk kerana masih boleh dikawal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Dalam masa yang sama Saniboey memuji sifat Syamsul yang sentiasa kelihatan semangat dan terus bekerja walaupun dihimpit dengan masalah peribadi.

“Satu mengenai Syamsul yang saya kenali, dia ini memiliki semangat yang jitu bila tiba bab kerja. Profesionalisme Syamsul ketika bikin filem memang tak dapat disangkal.

“Itu juga menjadi satu sebab saya kagumi dirinya. Dalam pada sedang dilanda masalah, dia tetap profesional dan cuba siapkan kerja dengan sehabis baik.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Kebetulan pula sekarang ini penggambaran pula banyak pada babak-babak yang berat, contohnya macam letupan termasuk perlu beralih kepada tiga lokasi pada hari sama. Semestinya dia mahu fokus terhadap kerja-kerja di set dan tak nak diganggu.”

Sekadar info, filem The Original Gangster adalah arahan pertama Syamsul di bawah syarikat produksinya sendiri, Syamsul Yusof Films Sdn. Bhd. bersama Razors Edge Pictures.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Filem itu turut dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

SUmber: Metrokini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*