12 tahun kawin tiada anak, suami isteri rentvng. Keluarga dedah isteri sering teman suami hantar barang bersama

12 tahun kawin tiada anak, suami isteri rentvng. Keluarga dedah isteri sering teman suami hantar barang bersama

Pemandu lori kontena yang rentvng dalam keb4karan di Rasah, di sini pagi tadi, Mazlan Molot, 48, sering membawa isterinya, Fauziah Uyop, 40-an bersama untuk menghantar barangan.

Kedua-duanya mninggal dunia dalam kejadian kem4langan kira-kira pukul 8.40 pagi di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah di sini.

Ibu Mazlan, Mariam Kassim, 69 berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Ketika itu dia pulang ke rumah di Felda Palong 2, Jempol. Dia ada berikan duit kepada saya dan anak-anak saudaranya. Dia seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.

“Saya tahu dia sering bawa isterinya ke mana-mana kerana isterinya tidak bekerja dan dapat menemani dia menghantar barangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini hari ini.

YAAKOB menunjukkan gambar Allahyrham Fauziah yang mninggal dunia dalam kejadian kem4langan sebuah lori treler. Mariam menjelaskan lagi, anak keduanya itu sudah berkahwin selama 12 tahun, namun pasangan suami isteri itu tidak dikurniakan zuriat.

“Isterinya sebelum ini menjadi pengasuh kanak-kanak, namun berhenti kerja dan sering mengikuti Mazlan menaiki treler untuk menghantar barangan,” katanya lagi.

Sementara itu, abang mngsa, Yaakob Molot, 51, yang juga seorang pemandu lori memaklumkan pihak syarikat tempat adiknya bekerja ada menghubungi bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Saya dimaklumkan dia baharu bekerja di syarikat treler tersebut yang menghantar barangan kitar semula. Kami sekeluarga reda dengan apa yang terjadi,” katanya lagi.

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*