Meskipun dibelenggu masalah rumahtangga, tindakan Syamsul kepada peminat mendapat pujian ramai!

Meskipun dibelenggu masalah rumahtangga, tindakan Syamsul kepada peminat mendapat pujian ramai!

Umum sedia maklum dengan isu rumah tangga yang sedang berlaku membabitkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama pelakon, Puteri Sarah sehingga menjadi tumpuan utama di media sosial pada ketika ini.

Bahkan, menurut penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan fikiran Syamsul kelihatan agak terganggu ketika di set penggambaran susulan dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini.

Pun begitu, meskipun pengarah yang berusia 38 tahun itu dibelenggu masalah rumah tangga, namun dia telah dipuji ramai kerana masih komited dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penggiat seni malah, sangat sporting dalam melayani karenah peminat.

pss1 - 1

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia telah berjumpa dengan Syamsul Yusof dan tidak melepaskan peluang untuk menegur sapa pengarah itu.

Bukan itu sahaja, pemilik video yang dikenali sebagai Mazni turut mendedahkan dia tidak bimbang dikecam oleh orang ramai disebabkan bergambar dengan Syamsul memandangkan dirinya kini menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Jelas Mazni, kita sebagai netizen sepatutnya mendoakan agar urusan Syamsul dan isterinya dipermudahkan dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Kesian tengok raut muka Syamsul.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib dan dugaan yang dihadapi oleh Syamsul pada ketika ini kerana jelas di raut wajahnya kelihatan sedih namun tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengarah.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sementara itu, ramai kagum serta memuji dengan semangat yang dimiiki oleh Syamsul dan tidak melepaskan peluang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Video,

Sumber OMM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*