“Kurang Ajar Kamu Ya Memfitnah Saya..” – Berang Difitnah, Ogy Ahmad Daud Ingin Saman

“Kurang Ajar Kamu Ya Memfitnah Saya..” – Berang Difitnah, Ogy Ahmad Daud Ingin Saman

Menerusi halaman facebook, tular beberapa posting oleh beberapa akaun di mana meraka membuat kongsian Ogy Ahmad Daud telah melangsungkan perkahwinan dengan Eman Manan. Namun, perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Ogy yang berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut, telah membuat posting di fb di mana dia berkata dia ingin menyaman mereka.

Ogy berkata yang dia telah lama bersabar dengan mereka yang sering menfitnah. Namun kali ini dia tidak akan berdiam diri dan ingin menyaman. Dia juga terkilan kerana mereka memfitnah mereka pada 1 Rejab.

Tambahan lagi, Ogy juga berkata yang dia bukan wanita yang kemaruk. Dia wanita yang mempunyai nilai dan harga diri.

Selepas posting tersebut, pemilik akaun tersebut ada membuat permintaan maaf dan memberikan penjelasan tentang posting tersebut.

Namun Ogy berkata yang tiada guna lagi mereka meminta maaf. Dia akan terus menyaman kerana mereka terlalu kurang ajar dan perlu diajar.

Moga apa yang terjadi ini dijadikan tauladan kepada semua. Jangan lah kita berkongsi perkara yang tidak pasti.

Sewajarnya menyemak terlebih dahulu. Moga semuanya dipermudahkan antara semua pihak. Jangan lupa komen yang baik-baik ya..

Persis ‘Azura’, Peminat Puji Anak Gadis Ogy Ahmad Daud Ini Mirip Kecantikannya Zaman Muda!

Melayari hidup sendirian selepas bercerai dengan aktor Eman Manan pada tahun 2003, kisah kekuatan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy cukup menjadi inspirasi.

Biarpun hampir dua dekad hidup solo, ‘pengganti’ yang datang jauh lebih bererti. Kehadiran anak angkat beliau, Nur Aminah Aishah bukan saja meraih perhatian, malah wajah gadis cantik itu menyerupai kecantikan ‘Azura’, watak ibunya ketika remaja.

Sering hadir menemani ibu tersayang, Aminah yang kini berusia 15 tahun tampak cukup manja dan pintar. Persis sahabat karib, ikatan mesra ibu dan anak itu pastinya mengisi jiwa Ogy selama ini.

Dalam hantaran terkini Ogy, penghibur terkenal ini dilihat memuat naik gambar-gambar mereka.

“Keluarga bahagia ‘Singer’. Besar dah anak umi…” Ogy Ahmad Daud

Persis ‘Azura’, Peminat Puji Anak Gadis Ogy Ahmad Daud Ini Mirip Kecantikannya Zaman Muda!
Persis ‘Azura’, Peminat Puji Anak Gadis Ogy Ahmad Daud Ini Mirip Kecantikannya Zaman Muda!

Persis ‘Azura’, Peminat Puji Anak Gadis Ogy Ahmad Daud Ini Mirip Kecantikannya Zaman Muda!
Aminah menemani ibunya pada sidang media baru-baru ini

Berkongsi peribadi permata hati kesayangannya, Ogy yang menyapa Nur Aishah Aminah dengan panggilan Aminah menyatakan perangai Aminah saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajah Saadiah Baharom yang begitu lemah lembut orangnya.

“Lahirnya 9 November 2007, Nur Aminah Aishah cinta hatiku. Saya panggil Aminah, dia bahasakan diri dia Aishah.

Perangainya persis arwah mak saya, lemah lembut orangnya.

Beza sungguh dengan umi dia ni opposite attract. Maka itu Allah berikan Aminah pada umi tau.” Ogy Ahmad Daud

Sekadar mengimbau kenangan, Ogy yang kini berusia 60 tahun mula memelihara Aminah sedari sejak bayi lagi. Menyifatkan kesibukan mengurus anak sebagai caranya meneruskan hidup, Ogy mengakui bahawa anak adalah segala-galanya selain kerja.

Walaupun bermata sepet, namun peminat teruja melihat muka Aminah yang hampir seiras muka Ogy. Betullah kata orang, apabila hati ikhlas menjaga anak angkat, mukanya akan mengikut muka kita.

Tambahan pula Aminah mewarisi bakat seni dalam diri Ogy. Pandai berlakon, menari dan menyanyi. Bertuah Aminah dapat ibu hebat, bukan sahaja penghibur serba boleh malah merupakan anak kepada seniman Allahyarham Dato’ Ahmad Daud dan seniwati Allahyarhamah Datin Saadiah.

Sumber Fb Ogy Ahmad daud, Rose Biru, Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*