
Menangis Sissy Iman Kena ‘Sergah’ Dgn Mas Idayu. Ini Sebab Sebenar Kenapa Mummy Mas Idayu Hilang Sabar Dgn Sissy Iman Dlm Famili Duo
PENYANYI Sissy Iman gagal menahan air mata selepas disergah dengan komen pedas daripada Mas Idayu selaku juri program realiti Famili Duo pada malam Ahad.
Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, bersama penyanyi Naim Daniel mendapat kritikan menerusi minggu keenam pertandingan selepas lagu nyanyian mereka iaitu Jampi gagal menambat hati juri.
Kemarahan Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, tercetus apabila menganggap lagu itu tidak sesuai dengan mereka berdua.
Sissy tidak dapat menahan emosi selepas membuat persembahan.
Kata Mas, sejak awal hingga akhir persembahan, Sissy dan Naim nyanyian mereka disifatkan sebagai kasar dan tidak sedap untuk didengar.
Sementara itu, ketika hos Janna Nick meminta penyanyi berkenaan memberikan komen mengenai persembahannya sepanjang enam minggu ini, Sissy tidak dapat meneruskan kata-kata dan terus menangis.
“Pertama sekali, saya minta maaf…” katanya.
Dalam pada itu, rakan duonya Naim tetap mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan peminat dan menerima komen tersebut dengan hati terbuka.
“Alhamdulillah, terima kasih untuk segala komen. Kami tahu rancangan ini adalah hiburan untuk famili. Saya harap semua terhibur.
“Terima kasih untuk semua yang beri sokongan terutamanya Sissy kerana dia telah meletakkan usaha dalam pertandingan ini,” ujarnya.
Nyanyian Naim dan Sissy dikritik hebat oleh Mas Idayu.
Sementara itu, peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen Mas dan menganggap penyanyi dangdut itu bersikap tidak profesional.
“Saya suka persembahan Sissy dan Naim. Klasik dan keroncong boleh diterima. Mas Idayu tolong hormat orang lain. Angin semacam malam ni. Saya suka komen Ajai.
“Kesian tengok Sissy menangis. Sesuka hati je marah dia. Tak payah lah ambil juri macam tu,” tulis netizen.
VIDEO:
View this post on Instagram
Sumber: MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply