“Nak Tegas Boleh Bukan Jerit Pekik Macam Mengamuk” Elly Mazlein Tuju Kepada..Tak Sangka Ini Yang Kak Lina Pom2 Cakap!

“Nak Tegas Boleh Bukan Jerit Pekik Macam Mengamuk” Elly Mazlein Tuju Kepada..Tak Sangka Ini Yang Kak Lina Pom2 Cakap!

Kuala Lumpur- Juri memang harus tegas, tapi biarlah bertempat.

Demikian pendirian selebriti popular Elly Mazlein apabila ditanya pendapatnya mengenai gaya kritikan atau penilaian yang dilakukan segelintir juri, lebih-lebih lagi menerusi program hiburan yang disiarkan secara langsung.

Elly berkata meski percaya setiap juri ada pengalaman baik selain mempunyai cara tersendiri di dalam melontarkan komen, namun ia seharusnya dilakukan secara berhemah tanpa mengguris hati mana-mana pihak.

Pada saya, istilah teguran kerana sayang tidak semestinya dengan tengking atau meninggikan suara. Kalau sayang atau rasa nak marah, biarlah ia dilakukan secara belakang kamera.

Sebab apa, bila ia dilakukan di hadapan kamera… sebenarnya kita sebagai juri, kita bukan sahaja menjurikan seseorang artis itu.

Dalam masa sama, secara tak langsung segala apa yang kita kritik itu sebaiknya biar memberikan ilmu kepada peserta bertanding dan penonton.

Mungkin ada di antara yang menonton itu ada yang mahu menjadi penyanyi sebab itu mereka tonton dan sedar kalau program berbentuk pertandingan sedikit sebanyak ia boleh bantu beri ilmu juga kepada mereka,katanya.

Jangan sampai keterlaluan

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Elly yang pernah berada di posisi Presiden Netizen program Big Stage sebelum ini menambah, dia terbuka sekiranya juri bertegas di dalam menilai, tetapi jangan sampai keterlaluan.

Jadi bila berlakunya situasi juri tengking sehingga membuatkan ada hati yang terluka… jangan cerita nak jadi anak seni hati kena keras. Anak seni ke, kita manusia. Ada hati dan perasaan. Kita bukan kayu. Kita pun ada air muka, perasaan malu dan sebagainya.

Ya kita boleh beritahu apa yang salah, cuma macam saya kata kalau tegur sebab sayang misalnya bukan begitu caranya. Nak tegas boleh bukan jerit pekik macam mengamuk. Kalau boleh saya mahu perkara begini tidak berlaku.

Apa pun kita kena jaga air muka orang sebab bintang yang ditegur itu ada yang masih muda dan jauh lagi perjalanan. Kalau boleh janganlah mencalar imej mereka,” katanya lagi.

Hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) ini juga merancang untuk mengambil kelas demi memantapkan ilmu pengetahuannya dalam soal vokal dan muzik selepas ini.

Sedikit info:

Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio wanita Malaysia.

Elly Mazlein dilahirkan pada 17 Disember 1980 di Kampung Behrang, Slim River, Perak kepada pasangan Syed Hanafi Syed Abdullah dan Sabariah Ahmad.

Elly telah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan.Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Sara Sefhia.

Setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya, Mohamad Azlan Che Nuh, seorang pendidik mengajar subjek Geografi dan juga 10 tahun lebih muda daripada Elly. Pada 18 Januari 2020, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.Beliau mengumumkan kehamilan keduanya pada April 2021.

Pada 23 Oktober 2021, Elly dan suaminya Mohamad Azlan dikurniakan cahaya mata lelaki, yang diberi nama Haider Mateen.

Sumber: MH/Instagram/Wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*