Tolak tepi pasal jodoh, nekad nak berbakti dulu pada ibu. “Mak adalah segala-galanya buat saya”-Fikri Ibrahim

Tolak tepi pasal jodoh, nekad nak berbakti dulu pada ibu. “Mak adalah segala-galanya buat saya”-Fikri Ibrahim

Mak adalah segala-galanya.’ Ketepikan soal kahwin demi ibu, luahan Fikry Ibrahim undang sebak. Memuliakan dan membahagiakan insan tersayang lebih-lebih lagi orang yang berkorban nyawa mengandung dan melahirkan kita tinggi pahalanya. Demikian yang dilakukan pelakon, Fikry Ibrahim yang sanggup berbakti kepada ibunya, Bibi Zaleha.

Beliau sebelum itu sering berkongsi gambar dan video membuatkan ramai yang terharu dan kagum akan cara beliau dalam melayani ibu tersayang. Malah, Fikry juga kerap kali pulang ke kampungnya yang terletak di Jitra, Kedah dan adakalanya sanggup menunda semua komitmen kerja.

Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Pelakon Rahsia Hati Perempuan itu berkongsi luahan dalam menjaga wanita pengarang jantungnya. Kata empunya diri, beliau rela tidak kahwin demi menjaga ibu. Kalau buat bisnes saya boleh bekerja dari rumah, tetapi kalau saya shooting tiada masa untuk menjaga ibu.

Mak memang suka duduk dengan saya, kalau shooting lama ada pak cik yang menjaga mak. Pun begitu, sedikit huru-hara. Justeru, saya fikir kalau dulu mak boleh jaga saya, takkan sekarang saya tak boleh berbuat demikian (tidak berkahwin) untuknya,” ujarnya lagi sambil memberitahu ibunya sudah dua tahun mengalami minor strok. Sumber Sinar Plus.

Mengimbas momen sewaktu kecil, akui Fikry, ibunya dulu rajin membawanya keluar. Biarpun mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, sebaliknya hanya menaiki bas, namun Bibi Zaleha tetap mahu membawa anaknya itu berjalan-jalan . Sekarang ibu s4kit, giliran saya pula menjaga dan membawanya berjalan-jalan untuk gembirakan hatinya.

Mak adalah segala-galanya buat saya. Hubungan kami cukup rapat sejak saya kecil lagi. Sekarang saya bawa mak ke mana sahaja saya pergi. Kalau saya pernah duduk di hotel mahal, saya rasa menyesal kalau tidak bagi mak merasai situasi tersebut. Mak yang jadikan saya begini (berjaya) sekarang,” ungkap Fikry lagi. Mengulas mengenai jodoh dan perkahwinan, empunya diri tidak menafikan keinginan berkahwin tetap ada.

Saya gembira dan mahu kahwin dengan calon yang boleh gembirakan ibu. Mudah dan tidak pening. Sebab itu, soal kahwin saya letakkan di nombor lapan. Malah, saya juga tidak mahu apabila kahwin kelak, perhatian pada isteri terkurang kerana saya jaga mak. Bukan semua orang mampu terima situasi tersebut.

Pada masa sama, saya tidak mahu bakal isteri saya kelak rasa diri ‘hamba’ kepada saya. Sebab itu saya korbankan hal kahwin untuk menjaga ibu terlebih dahulu,” ujar bekas hos program Dewi Remaja itu lagi.

Sumber: empirekini.website

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*