
Tahniah. Pelakon Fizo Omar Umum Isteri Beliau Fazeera Bakal Lahir Anak Kedua Buat Ramai Mendoakan
Kuala Lumpur – Pelakon Fizo Omar berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini sedang hamil lima bulan anak kedua mereka.
Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, dia menyifatkan kehamilan is.terinya itu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka memandangkan baharu sahaja menyambut kelahiran anak pertama dengan Fezeera 11 bulan lalu.
Rezeki Dari Allah
“Syukur Alhamdulillah, rezeki lain dari Allah buat kami semua. Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus p.roduce,” katanya.

Fizo berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
Menerusi video yang dimuat naik itu juga, Fizo memberitahu bahawa anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik.
Malah dia turut dilihat teruja bakal bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Fizo dan isteri.
Ramai mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.
Antara Reaksi Orang Ramai
View this post on Instagram
Tahniah seronok anak rapat-rapat. Nanti dah besar macam sebaya.
Hebat Tahniah Fizo dan isteri. Semoga mummy dan anak dalam kandungan sihat-sihat selalu.
Betul-betul rapat jarak ini, nanti besar macam kembar masing-masing, antara komen netizen.
Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 di sebuah masjid di Hulu Klang dan majlis resepsi pula diadakan secara tert.utup di sebuah resort di Ja.nda Baik.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan.
Fizo sebelum ini pernah berkahwin dangan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun berc.erai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply