Usahawan Kosmetik Luah Rasa Geli Nak Muntah Bila Dipelawa Naik Kereta Proton Wira

Usahawan Kosmetik Luah Rasa Geli Nak Muntah Bila Dipelawa Naik Kereta Proton Wira

RAMAI usahawan kosmetik di Malaysia menjalani gaya hidup mewah selepas berhempas-pulas menaikkan jenama masing-masing.

Tidak terkecuali tentunya pengusaha produk kecantikan wanita ini yang sering tampil bergaya buat tatapan pengikutnya di media sosial.

Terbaharu, wanita itu menjadi perhatian ramai kerana dilihat tidak selesa ketika diminta menaiki sebuah kereta Proton Wira sejurus tiba di lapangan terbang.

wira2

Video wanita itu meraih jutaan tontonan di TikTok.

Dalam video tular itu, kedengaran suara seorang lelaki yang seolah-olah mengusiknya bahawa mereka akan menaiki kereta Wira yang sedang diparkir di tepi sebuah bangunan.

“Kereta kita dah sampai dah. Tu, Wira,” ujar lelaki yang merakam video itu.

“Eii tak nak la sayang. Pergi ambil Audi sayang, mana?” ujar wanita itu sambil memegang sebuah bagasi merah jambu.

Lebih membangkitkan kemarahan netizen, wanita itu turut menulis kapsyen seolah-olah dia jijik dengan kereta keluaran tempatan.

“Turun flight kena naik Wira, ewww. Paksa-paksa naik pula,” ujarnya yang turut meletakkan emoji muntah hijau pada video berkenaan.

Video TikTok itu sehingga kini menerima lebih 3.9 juta tontonan dan turut dihujani hampir 10,000 komen netizen.

Malah, ramai yang turut memberi pesanan bahawa setiap individu akan menaiki van jenazah pada penghujung kehidupan mereka.

“Berianya alahai geli naik Wira. Kaya dunia sementara je la tak payah nak berlagak sangat.

“Hidup ikut kemampuan nanti tuhan tarik balik rezeki tu.

wira4

Selain TikTok, video wanita itu turut disebarkan ke laman Twitter.

“Nanti van jenazah juga kita naik.

“Naik keranda je la kalau macam tu,” tulis beberapa netizen yang rata-ratanya menulis komen dalam dialek Kelantan.

Selain dikecam di TikTok, video wanita itu turut disebarkan netizen menerusi Twitter sehingga ada yang memperkatakan tentang rupa parasnya.

“Tak padan dengan gigi berterabur,” tulis seorang pelayar Twitter.

Untuk rekod, wanita itu mempunyai lebih 630,000 pengikut di aplikasi TikTok.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*