
Tahniah, Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah, Pilihan Isterinya Bukan Biasa-Biasa Kali Ini
Dalam diam, pelakon Rashidi Ishak difahamkan selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah sebuah drama popular iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Berita gembira itu disahkan oleh jurusolek untuk drama dan filem iaitu Mas Hashim menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis.
Pada perkongsian itu, Mas Hashim memuat naik foto Rashidi yang memakai baju Melayu putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu dengan baju kebaya serba putih juga.
“Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” tulisnya.
Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Rashidi gagal apabila aktor tersebut tidak menjawab telefon dan membalas mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.
Kenali Wan Hasliza Wan Zainuddin,
Wan Hasliza Wan Zainuddin adalah pengasas KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd.
sebuah syarikat penerbitan televisyen dan filem Malaysia, yang mengkhususkan dalam penerbitan kandungan kreatif untuk rangkaian dan stesen televisyen Malaysia. Ia menerbitkan rancangan untuk Radio Televisyen Malaysia, rangkaian TV Media Prima dan ASTRO. KL Motion Pictures ditubuhkan pada 2006.
Beliau adalah seorang penerbit berpengalaman dengan sejarah yang ditunjukkan bekerja dalam industri hiburan. Mahir dalam Penambahbaikan Proses Perniagaan, Pengurusan Perubahan, Perundingan Pengurusan, Media Digital dan Pengeluaran Video. Profesional seni dan reka bentuk yang mantap dengan Sarjana Muda Undang-undang (LLB) tertumpu dalam Undang-undang dari University of Wales, Cardiff.
Antara drama popular arahannya Kampung People, I-Tanggang: Mother of All Lies, Tetuan Ang & Rahimin, Love, Supermoon (2014) dan Penunggu Istana (2011).
Antara komen netizen,
Semoga kekal ke Jannah di pemudahkanlah segala urusan nya amiinnn 3
Tahniah…simple jer kan kahwin..kahwin tu mudah tp bila nak mcm2 nak grand nak itu ini..tu yg jadi susah..
Benci benci… Xajak I… Baru I nak buat joget lambak pakai kebaya ketat ni… Kikikikiki… Luv u both… Alhamdulillah…. Tahniah Wan Hasliza Wan Zainuddin n Rashidi Ishak .. send yg
Alaa nk join… Tahniah bang Shidi dan Kak Liza.. Alhamdulillah
Alhamdullilah Tahniah ke 2 mempelai maaf tak dapat hadir masih di perantauan..
Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.
Antara komen netizen,
Sumber Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply