
Datin Patimah Cerita Mengenai 3 Menantu, Tapi Nama Ira Kazar Juga Jadi Perhatian
Menerusi laman instagram, ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail ada membuat satu posting di mana dia meluahkan rasa bangga kerana mempunyai menantu-menantu yang hebat belaka.
Dapat dilihat dia menyenaraikan nama 3 menantunya.
“Kami ada 3 menantu yang hebat, cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana dan Aeisyah Binti Ustad Zainal..”
Apa yang menarik perhatian netizen adalah nama Ira Kazar tidak dinyatakan dalam story tersebut. Netizen membuat spekulasi yang Datin Patimah tidak mengiktiraf Ira Kazar sebagai menantunya walaupun dia sudah sah menjadi isteri Syamsul Yusof.
Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam ini pernah menegaskan bahawa bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi bukanlah besannya.
“Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.
Pada 5 Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni apabila dia mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand.
Selepas kisah tersebut hangat di perkatakan, Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana saling berbalas komen di media sosial namun dilihat masih belum bertemu jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka.
Rentetan itu, pada 15 Januari, Puteri Sarah bertindak memfailkan perceraian secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Antara komen netizen,
Datin kene reda ape yg Allah dah tentu Kan
Datin ni seorg ibu yg baik dan sayangkan keluarga dia. Kesemua menantunya dtg dari keluarga yg baik baik.
Btul lah tu….tak sesuai langsung irra tu….jenis muka lapar harta dato n datin je tu….
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Apa-apa pun, netizen mendoakan yang terbaik untuk Datin Patimah sekeluarga. Diharapkan segala isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik antara semua pihak.
Perkara yang berlalu ambillah sebagai tauladan kepada semua. Buang yang keruh, ambil yang jernih. InsyaAllah semua perkara ini ada hikmah untuk semua. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Sumber: Rosebiru
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply