
Anak Tiri Miera Liyana Mula Bersuara, Dedah Apa Yang Jadi Sampai Nafkah Tak Mampu Beri
Rumah tangga madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan suami, Rosland Othman menjadi bualan warganet selepas gagal bertemu jalan pendamaian di mahkamah.
Bapa aku kahwin dua boleh
Susulan isu menyekat panggilan telefon Adibah serta gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah, anak kepada Rosland tampil bersuara menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ciapan pada Sabtu, anak yang dikenali sebagai Izzah ini mempersoalkan percutian ayahnya bersama Miera dan anak mereka, Rachel Aisyah, ke Vienna, Austria, pada Januari lalu.
Katanya, ayahnya mampu pergi bercuti tetapi culas bayar nafkah kepada ibunya dan anak-anak lain.
Nak keadilan untuk ibu
Dalam pada itu, Izzah turut meluahkan rasa kecewa dan penat dengan sikap ayahnya yang menjadi ‘mangsa’ keadaan serta memberi alasan tidak berasas.
Tegasnya, dia hanya menginginkan keadilan terhadap ibunya yang sudah teraniaya sejak sekian lama.
Pada Jumaat lalu, Adibah menuntut Rosland untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dibayar selama lebih setahun.
Katanya lagi, Rosland juga telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021.
Dakwanya lagi, Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Antara komen netizen .
Poligami yg diagungkan kaum lelaki..sedap dekat dunia..dekat akhirat susah nak lepas..satu2 akan disoal tentang tanggungjawab..kawin ramai mmg sedap tapi dekat akhirat sangkut..naya oii.
Jadi lah bijak seperti isteri tua YB Shah Alam Khalid samad. Itu pn sbb isteri tua cerdik bijak dan terpelajar. Sblm dia setuju beri kerjasama sedia bermadu, dia dh tekan rumah, duit dan kereta. At least xde gitu2 je dia lepaskan sisa2 dia dkt Alam Flora 😂.
Nafkah tak mampu nak bagi,pg oversea mampu pulakkk..maid sampai dua tiga org..isteri pertama jaga ank 6 org..dia syiok dgn bini muda…tgu la karma nanti..akn jatuh la bisnes dkala bini pertama yg bsama jatuh bgn 20tahun..org nak kawen dua,kau nak kawen dua jugak…
Sumber: Twitter.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply