
“Saya Jumpa N0ta Surah Al-Fatihah” – Orang Gaji Peluk Islam Selepas Dengar Johan Baca Tazkirah
Juri program Ceria Popstar Xtra, Johan Yazid mend3dahkan amalannya menyampaikan tazkir4h setiap kali selepas solat bersama keluarga menjadi asb4b pembantu rumahnya yang ber4gama Kristi4n mem3luk Islam.
Kongsi Johan, dia l4ngsung tidak meny4ngka pembantu warga Ind0.nesia itu telah terbuka pintu h4ti menerima hidayah Allah yang akhirnya melaf4zkan dua kalimah syah4dah.
“Saya mempunyai seor4ng pembantu rumah dari seberang yang asalnya ber4gama Kristi4n.
“Dia telah bekerja dengan saya selama tiga tahun. Ketika kami sekeluarga solat berj3maah, saya pastikan masa yang terluang antara waktu Maghrib dan Isyak diisi dengan penyampaian tazkir4h.
“Setiap kali sesi perk0ngsian ilmu berlangsung, dia akan duduk di sudut surau dalam rumah kami dan mendengar t0pik dibinc4ngkan. Dia hanya mendengar tanpa bertanyakan apa-apa.
“Hanya selepas balik ke neg4ranya, barulah saya dapat tahu pembantu rumah ini sudah m3meluk agama Islam,” katanya.
Johan berkata d3mikian ketika ditemui selepas majlis sidang akhb4r program re4liti nyanyian tersebut di ibu kota baru-baru ini.
Lebih membuatkan pel4kon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini terharu selepas mendapati usaha dilakukan wanita berk3naan untuk mendal4mi agama Islam.
“Saya terjumpa buku nota miliknya yang tertera surah al-Fatihah, namun ditulis dalam tulisan rumi, sekali gus menggamb4rkan betapa bersungguhnya dia mempel4jari dan mendalami agama Islam,” cerita pel4wak popular itu.
Tambahnya, selepas berg3lar mual4f, suami kepada pelakon Ozlynn Wati itu mem4klumkan pembantu rumahnya itu terus mendapat bimbingan daripadanya.
Namun katanya, kali ini wanita itu banyak mengajukan soalan mengenai Islam.
“Pembantu rumah kembali bekerja dengan saya. Sebelum ni dia hanya dengar saja saya sampaikan tazkirah.
“Kini dia rajin bertanyakan soalan apabila ada perkara yang tak difahami,” katanya.
Imbas semula pembabitan Johan dalam dunia hiburan
Penyertaan dalam program Raja Lawak musim pertama membuka ruang kepada pembabitan pelawak Johan dalam lapangan seni hiburan.
Bermula sebagai pelawak, beliau perlahan-lahan mengatur langkah mencipta nama dalam beberapa cabang seni lain seperti lakonan, pengacaraan dan juruhebah radio.
Tanpa disedari, penglibatannya kini sudah mencecah usia 12 tahun.
Jom berkenalan dengan lebih dekat bintang yang cukup dikenali menerusi segmen radio ‘Johara Pagi Era’ ini.
Biodata
1. Nama sebenarnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz. Menggunakan ‘Johan’ atau ‘Johan Raja Lawak’ sebagai nama komersial.
2. Dilahirkan di Ampang, Selangor pada 13 Jun 1984. Kini berusia 35 tahun.
3. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.
4. Selepas menduduki tangga ketiga dalam program Raja Lawak musim pertama, beliau diberi peranan sebagai hos rancangan realiti terbabit, bermula daripada musim yang kedua.
5. Selain itu, beliau pernah mengacarakan program Jozan Show, Galaksi Sharp, Festival Filem Malaysia ke-23, Achaner Tu Johan, Skool Of Lawak, Betul ke Bohong, Lawak Solo dan Jozan Live.
6. Popularitinya melonjak naik selepas menjuarai pertandingan realiti, Maharaja Lawak Mega 2012 menerusi kumpulan Jozan yang turut dianggotai pelawak Zizan Razak.
7. Antara drama dibintanginya seperti LawaKing, Chaparela, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Jejaka J, Edisi Khas, S.Y.O.K. dan Elly & Epit.
8. Termasuk telefilem Awek Ku Bukan Awek Mu, Osman Brani, Halimah Jongang, Hang Pa La Hang Tu, Drogba & Rooney, Puding Bling-Bling, Syawal Pertama dan Hantu Bluerey.
9. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Raya Tak Jadi, Libas, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Berani Punya Budak dan Papadom 2.
10. Turut dikenali sebagai penyampai radio Era untuk segmen pagi, gandingan bersama Ray dan Hanif menerusi nama gabungan mereka, ‘JoHaRa Pagi Era’.
11. Meraih trofi Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Rancangan Radio Terbaik bersama (Ray & Haniff) di Anugerah Shout 2013, Penyampai Radio Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 dan banyak lagi.
12. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rozlinawaty Ismail atau Ozlynn Waty sebelum memasuki dunia hiburan lagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania .
Sumber: BoomMalaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply