
Mas Idayu Akhirnya Bersuara Masa Persembahan Akhir Naim Daniel Dan Sissy Iman. Ini Kata-Kata Beliau
Kuala Lumpur – Empat pasangan berjaya melangkah ke peringkat akhir Famili Duo musim kedua membabitkan Ayda Jebat dan adiknya, Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah Sissy Imann dan Naim Daniel sepupu serta Bella Astillah dan Wanie Kayrie.
Mereka terpilih selepas meraih markah tinggi sebaik sahaja tamat saingan konsert separuh akhir bertemakan Legenda/Idola yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.
Harus diakui bahawa Famili Duo musim kedua tahun ini lebih meny.engat.

Sebelum ini, pemilik nama penuh Sissy Imann Mohammad Kamil itu mendiamkan diri beberapa hari selepas menerima komen pedas dan lantang Mas Idayu sehingga menangis.
Bukan sahaja disebabkan kualiti barisan peserta tetapi juga disensasikan lagi dengan kisah peribadi, ada yang emosi berlebih-lebih tak tahan kena k.ecam, ada yang suami buat hal dan ada jadi orang ketiga.
Tenggelam semua komen meng.utuk tentang kualiti pengacaraan Janna Nick.
Untuk hari dan malam ini, lupakan segala k.ontroversi dan mari fokus siapa yang beri saingan sengit sehingga bergelar juara.

Ada yang menebak Ayda Jebat dan Fyna antara calon juara tetapi tidak boleh ketepikan kehebatan Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, Bella dan Wani Kayrie serta Sissy bersama Naim Daniel.
Masing-masing mempunyai kekuatan sendiri. Ramai juga tak sabar nak tonton sama ada Mas Idayu akan kekal merajuk dan enggan memberi komen terhadap Sissy atau akan lebih profesional malam nanti.
Mas Idayu Beri Komen
Sebelum ini, seminggu berdiam diri ekoran insiden menangis di pentas selepas menerima komen pedas daripada Mas Idayu di pentas Famili Duo minggu lalu, penyanyi Sissy Iman tampil menjelaskan situsi sebenar dirinya.
Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Mungkin Kamu itu menegaskan tiada i.su antara dia dan juri tetap program terbabit.
Sebaliknya tangisan yang mencetuskan k.ontroversi itu hanyalah ekspresi kekecewaan dirinya sendiri yang gagal memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Jampi dalam versi keroncong itu.
Kredit : Kosmo/IG/onlinemalaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply