Pohon Doa Orang Ramai “Semakin hari mata kakak semakin teruk, berilah kekuatan Ya Allah”

“Semakin hari mata kakak semakin teruk, berilah kekuatan Ya Allah”

“Doktor cakap umur Raisya dah tak lama. Mungkin bila-bila masa sahaja dia akan pergi. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia,” luah Roslinda Harun, 31.

Ibu kepada kanak-kanak itu berkata, tahap kesihatan anak sulungnya, Nik Raisya Aulia Nik Rashimie Bukhari, 5, yang menghidap kan.ser saraf tahap empat sejak tiga tahun lalu kini semakin mer0sot.

Katanya, k4nser yang dialami Raisya kembali meny3rang pada Ogos tahun lalu apabila dia tersebut sering mengadu sakit pada bahagian perut.

“Raisya sebenarnya telah menjalani pemb3dahan membuang ketum.buhan dalam perut pada 7 April 2021 dan doktor beritahu kuman kanser mungkin meny3rang kembali.

“Tak sangka pula sekejap sahaja dia mampu bertahan dan kini keadaannya semakin te.ruk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat. Dia berkata, ketumbuhan dalam perut Raisya kini semakin membesar sehingga mengg4nggu organ lain.

“Terdapat juga ketumbuhan lain pada bahagian mata menyebabkan ia semakin membengkak.

“Selain itu Raisya juga mengalami ketumbuhan di dalam kepala dan dada. Kedua-dua kakinya juga bengkak,” katanya.

Menurut Roslinda, sebelum ini anaknya itu telah menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama enam bulan ketika usianya memasuki tiga tahun.

Namun katanya, rawatan itu hanya mampu membuatkan Raisya bertahan sementara daripada peny4kit yang dialami kerana sel kan.ser yang meny3rang adalah agresif dan masih terdapat saki baki yang berisiko kembali aktif. Roslinda memberitahu, Januari lalu adalah temu janji terakhir Raisya kerana penyakit anaknya itu sudah tidak dapat dirawat.

“Doktor cakap selepas ini Raisya sudah tiada lagi temu janji kerana tiada rawatan dan ubat yang boleh menyelamatkan ny4wanya. Ubat yang ada dibekalkan hanya berupaya untuk kurangkan kes4kitan

“Berat badan Raisya kian menyusut dan dia juga sudah tidak banyak bercakap sejak peny4kit itu kembali meny3rang,” katanya yang tinggal di Kampung Serdang Baru, Bukit Tungga, di sini.

Menurut Roslinda, dia berasa sayu kerana keletah dan senda gurau Raisya bersama dua adiknya, Nik Rabbani Amsyar, 4, dan Nik Rania Amiera, 2 ,sudah tiada dan mungkin hanya tinggal kenangan. Roslinda tidak bekerja manakala suaminya, Nik Rashimie Bukhari Nik Mazlan, 28,bekerja sebagai pemandu lori.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu kini menunggu masa bersalin anak keempat pada pertengahan Februari ini. Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Roslinda di talian 019-3330896 atau 011-21916318 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Roslinda Harun (1110329000135919).

Sumber : SinarHarian via https://kakiviral.co/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*