
Wak Doyok Ditawarkan RM1 Juta Buang Misai Dan Ini Responnya Yang Padu
Wak Doyok Ditawarkan RM1 Juta Buang Misai dan Ini Responnya. “tak sanggup!,”
Di dalam dunia ini tidak semua orang memandang wang semata-mata. Itulah yang terjadi kepada Wak Doyok apabila beliau ditawarkan RM1 juta untuk membuang misainya.
Terdahulu, ikon fesyen itu mendedahkan dia pernah ditawarkan bayaran lumayan berjumlah RM1 juta dengan syarat dia perlu memotong misai dan jambangnya demi projek amal.
Dia bagaimanapun menolak tawaran itu walaupun ia untuk tujuan murni kerana tidak sanggup mengubah imej yang sudah menjadi sebahagian daripada dirinya. Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 44 berkata,
“Saya memang tidak pernah terfikir untuk mencukur misai dan janggut kerana ini adalah diri saya. Pernah sebelum ini ada pihak tawarkan saya RM1 juta untuk berbuat demikian tetapi saya tolak… tak sanggup!,” katanya.
Bekas Bintang filem Abang Long Fadil 2 ini juga menegaskan dia juga tidak akan melakukan perkara sama sekiranya ada tawaran berlakon memerlukan dia mengubah penampilan wajahnya.
“Jika ada tawaran memerlukan saya mencukur jambang dan misai, saya tidak akan terima dan anggap ia bukan rezeki saya.
Ditawarkan RM1 juta tapi masih menolaknya? Jika kami bukan satu juta, 50 ribu pun kami sanggup. Anda bagaimana?
Sepintas lalu,
Wak Doyok merupakan salah seorang artis atau personaliti televisyen tempatan. Beliau yang lebih dikenali dengan gaya fesyen lelaki bermisai dan berjanggut, membuatkan dirinya dikenali dan menjadi ikutan ramai.
Beliau sering muncul di kaca televisyen apabila mempromosikan sesuatu produk yang baharu, khususnya pakaian Beliau juga merupakan pengasas bersama barangan jenama pakaian The Garment dan cerut WD Cigar.
Dikenali dengan panggilan Wak Doyok, kerana Wak adalah nama lelaki di Malaysia, sedangkan Doyok adalah kerana beliau berketurunan Jawa, dan mulanya ketika itu panggilan Doyok dan Kadir sangat popular di Malaysia, jadi pada ketika itu juga kawan – kawan beliau memanggilnya dengan panggilan nama Wak Doyok, hinggalah ke hari ini.
Maklumat Diri.
Nama sebenar: En. Mohd Azwan bin Md Nor
Nama popular: Wak Doyok
Tarikh lahir: 22 November 1979
Umur pada tahun 2022: 43 Tahun
Asal: Klang, Negeri Selangor, Malaysia
Kerjaya / Pekerjaan: Usahawan, personaliti televisyen, ikon fesyen, pelakon
Tahap Pendidikan: Kolej Vokasional Shah Alam
Anugerah Dikecapi:
Tahun 2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Kategori;
Personaliti Media Sosial Popular, Tercalon
Pengacara TV Lelaki Popular, Tercalon
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply