
Sebak Lihat Mutawwif Dan Jemaah Umrah Layan Anak2 Puteri Sarah Di Mekah – Netizen
Mekah – Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah serta membawa bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.
Bagaimanapun, keberangkatan Puteri Sarah hanya diiringi ahli keluarganya dan kelibat suaminya, Syamsul Yusof tidak kelihatan.
Sejak berangkat menunaikan umrah, rata-rata peminat ternanti-nantikan perkongsian terkini daripada Puteri Sarah Liyana dan anak-anak sepanjang di Tanah Suci Mekah.
Antara video yang menarik perhatian adalah apabila Sarah berkongsi saat-saat indah ketika bersama dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah ketika meniziarahi banyak tempat.
Terbaru, Puteri Sarah dilihat ada berkongsikan video momen berada di sana bersama kedua-dua anaknya. Turut kelihatan, kedua anaknya ditemani kru mutawwif dan jemaah umrah lain.
Sedih tengok anak-anak Puteri Sarah tanpa ayah dia orang pic.twitter.com/FiyjY79d0A
— Superkiram (@Superkiram1) February 7, 2023
Ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat mereka ke sana tanpa ayah dan berkata Syaikhul dan Sumayyah nampak seperti sangat merindui kehadiran seorang bapa di sisi.
Kata netizen lagi, diusia kecil seperti itu sudah pasti mereka dahagakan kasih sayan seorang ayah di dalam hidup mereka.
walaupun tampa ayah disisi tp syaikul dan sumaiyan disayangi orang disisi..anak2 PS dapat kasih sayang dari org sekeliling.
sedey tgok syaikhul menangis… semoga syaikhul jadi anak yg soleh…jaga mama elok²…ini bodyguard mama dia dunia dan akhirat…
semoga puteri sarah & anak² dikelilingi insan² yg baik & menyangi seikhlas hati
Sebelum ini, Sarah turut memaklumkan di Instagram tentang kesihatan anaknya, Syaikhul yang demam sebaik mereka tiba di Madinah dan disusuli pula dengan Sumayyah selepas itu.
Rata-ratanya mendoakan urusan Sarah dipermudah ketika berada di sana dan terus kuat melalui ujian dalam rumah tangganya ketika ini.
Sumber: Ohmedia, rotikaya, twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply