
Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie meminta bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey supaya berhenti menggunakan dirinya sebagai konten di media sosial.
Menerusi sesi Live itu, Zarina berkata itu adalah kali terakhir dia menyebut nama bekas tunangnya serta mahu Khazrul meminta maaf kepada kedua ibu bapanya.
Malah, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata bekas tunangnya sepatutnya bersikap lebih matang apatah lagi sudah berusia 45 tahun serta menyebut lelaki itu sudah pun menunaikan ibadah Haji.
Terbaru, Khazrul pula dilihat membalas semula kenyataan Zarina menerusi satu muat naik di TikTok mengatakan dia sikit pun tidak takut dengan pelakon itu.
Ujarnya lagi, dia turut mempersilakan Zarina jika mahu membuka aib dirinya serta menegaskan dia tidak takut dengan ugutan bekas tunangnya itu.
Menurut Khazrul lagi, dia tiada masalah untuk berjumpa dengan ibu bapa Anju namun mendakwa pelakon itu yang tidak menjawab panggilan.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai hubungan pelakon Zarina Anjoulie dengan Datuk Seri Khazrul Elzey, perkongsian tunangnya itu seolah memberi bayangan mengenai ikatan pertunangan mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok Story, Khazrul meluahkan dia bukan orang yang baik serta berharap mereka akan terus bersahabat.
“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.
“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Khazrul turut memuat naik gambar bersama Zarina serta mengucapkan terima kasih buat tunangnya itu diatas cintanya.
“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you mama,” tulisnya.
Semalam, tindakan Zarina dipercayai telah memadam gambar serta video bersama tunangnya itu menimbulkan tanda-tanya dikalangan netizen.
Malah, perkongsian terbaru Zarina turut mencetuskan spekulasi apabila memuat naik gambar terbaru di Instagram dengan kapsyen seperti patah hati.
Sumber: rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply