Rezeki dari jalanan. “hasil pendapatan sebagai busker, saya berjaya memiliki rumah serta berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lima bulan,”- Muhammad Aizad Azman

Rezeki dari jalanan. “hasil pendapatan sebagai busker, saya berjaya memiliki rumah serta berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lima bulan,”- Muhammad Aizad Azman

Pelbagai pengalaman dilalui oleh Muhammad Aizad Azman, 32, atau lebih dikenali sebagai Bob Sentuhan sebelum berjaya menggapai impian bergelar penyanyi jalanan atau busker. Pada usianya 19 tahun dan dengan berbekalkan RM130 yang ditolak RM40 untuk tiket bas, Bob merantau dari Pulau Pinang dan awalnya memilih tidur di kaki lima kedai di pusat bandaraya.

“Saya sebenarnya belajar sehingga tingkatan empat sahaja tanpa sempat ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kerana terlalu minat dengan muzik.

“Jadi kehidupan yang dilalui sekarang adalah berdasarkan pengalaman hidup yang mendewasakan saya. Sekitar dua tahun juga saya melalui kehidupan begini.

“Saya tiada keluarga di ibu kota dan selepas puas tidur di kaki lima kedai, saya beralih arah tidur di Masjid Sri Petaling yang menjadi tumpuan jemaah tabligh,” katanya.

Di situ, Bob turut mengambil kesempatan mendalami agama dan bertemu jalan yang lebih baik dalam hidupnya.

“Saya belajar dan amalkan apa yang dipelajari. Alhamdulillah sampai sekarang kehidupan saya semakin stabil. Bagi memenuhi cita-cita bermain muzik, saya bekerja sebagai pembuat air di sebuah kedai makan dan kumpul duit berdikit-dikit sehingga berjaya membeli gitar akustik.

“Alhamdulillah… hasil pendapatan sebagai busker, saya berjaya memiliki rumah serta berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lima bulan,” katanya.

Menurutnya, dia juga berjaya mengubah persepsi keluarganya yang dulu menentang hasratnya untuk berhenti sekolah dan bermain muzik. “Keluarga saya menentang sejak usia saya 16 tahun kerana saya enggan pergi sekolah, asyik ponteng sekolah dan pelbagai masalah lain.

“Bapa saya sangat m4rah sehingga suruh saya pilih sendiri jalan hidup. Katanya apa jadi nanti saya tanggung sendiri. Syukurlah segala-galanya sudah berubah sekarang. Ibu bapa kita hanya beri pendidikan dan alasan, jadi ia terserah kepada apa bidang yang kita pilih,” katanya.

Bob yang sering mengadakan persembahan jalanan di lokasi popular seperti SOGO dan Bukit Bintang kini tampil dengan single berjudul ‘Bukit Bintang’ yang menampilkan Maman Teacher’s Pet.

“Bukit Bintang adalah lagu yang sangat istimewa buat saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi.

“Matlamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher’s Pet untuk merakamkan lagu ini.

“Apapun, bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni saya adalah untuk menghiburkan, tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan,” katanya.

Single terbitan Meta Music Extreme (MMX) ini mengisahkan mengenai cinta yang berputik dan mekar di Bukit Bintang, sebuah lokasi yang berwarna-warni serta penuh dengan kisah kehidupan.

Bukit Bintang juga adalah lagu yang dihasilkan khas sebagai penghormatan kepada mereka yang membangunkan Bukit Bintang sehingga terkenal seperti sekarang.

Sumber: www.hmetro.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*