‘Terima Kasih Sebab Runtuhkan Rumah Tangga I ‘ – Isteri Dedah Hafidz Roshdi Curang

Kuala Lumpur – Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi, 29, menafikan dakwaan yang rumah tangganya berantakan disebabkan orang ketiga dan tidak tahu dari mana khabar angin itu datang.

Menurut Hafidz, hubungannya bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri adalah baik-baik sahaja dan tiada keperluan untuk dirinya memberi komen mengenai dakwaan yang dianggap tidak berasas itu.

“Saya tak tahu nak cakap apa, isu itu tiba-tiba datang menyerang dan saya rasa tidak perlu nak komen apa-apa. Saya dan isteri masih bahagia dan menjalani hidup seperti biasa,” katanya memetik laporan dari mStar pada 2 Februari lalu.

Hafidz turut memuat naik gambar baharunya bersama isteri bagi menjawab fitnah tersebut agar dapat menghentikan netizen daripada terus bergosip mengenai rumah tangganya.

Bagaimanapun, isterinya pula mengeluarkan kenyataan sebaliknya di Instastory baru-baru ini yang ditujukan kepada orang ketiga berkenaan.

“Thank you sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak I. Thank you sebab runtuhkan rumah tangga I. Thank you sebab sesama perempuan pun you sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak ‘fight for your love’.

“Thank you sebab bahagia atas penderitaan kami. Thank you sebab layan DIA. Semoga Allah Maha Adil akan membuatkan you menderita berjuta kali sakit dari I dan anak-anak.

“Perempuan tak tahu malu. Kalau I nak jatuhkan you, sekejap je dah boleh viral siapa penyondol tu. Tapi I tak buat, I tunggu Allah balas,” katanya.

Menurut Nurul lagi, wanita itu bukanlah seperti Ira Kazar, tetapi jauh lebih ‘advanced’ lagi dan spesis terkutuk.

Dalam kenyataan itu itu juga, Nurul mengakui silap dirinya yang terlalu bersangka baik sehingga kebaikannya itu diambil kesempatan oleh orang ketiga.

“Jangan jadi isteri bodoh macam I, bersangka baik/hudnuzon kononnya. Makanlah kau sangka baik kau tu sekarang. Yeap betul, saya yang salah. Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh,” katanya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul pada 30 April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 9 September.

Baru je Isteri b0ngkar Pelakon Hafidz rosdi cvrang, Sekali ‘p0st’ Wanita ini Tarik perhatian Rmai

Sementara itu seorang wanita yang dikenali sebagai Oriezuka secara tiba-tiba tampil mempertahankan Hafidz Roshdi dengan memaklumkan khabar angin yang tersebar luas pada ketika ini yang membabitkan pelakon tersebut adalah fitnah semata-mata.

“Apa yang korang fitnah ni, tak faham aku dengan netizen. Sabar ya Hafidz Roshdi..Allah sentiasa disisi orang-orang teraniaya,” ujar Oriezuka dalam hantaran tersebut.

Terdaulu, tular di media sosial apabila seorang pelakon lelaki kacak berimej ‘alim’ dikatakan curang belakang isterinya dan netizen telah ‘menyerbu’ laman Instagram Hafidz Roshdi dengan mendakwa dia adalah satu-satunya kriteria yang disebutkan.

Sekadar info, Hafidz yang juga bekas peserta Hero Remaja 2011/2012 telah membina mahligai bersama isterinya pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.

Sumber: Forum Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*