
Terkenal Sebagai Juri Dan Guru Vokal, Penampilan Syafinaz Berhijab Di Usia 50 Tahun Raih Pujian Ramai.
Siapa yang tidak mengenali penyanyi bersuara lunak, serta guru vokal terkenal Syafinaz Selamat.
Penyanyi dan guru v0kal, Datuk Syafinaz Selamat mencVri tumpuan ramai selepas tampil sopan menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya petang tadi.
Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 50 tahun itu dilihat mempromosikan sebuah karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan berdekatan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.
View this post on Instagram
Apa yang menarik perh4tian adalah penyanyi lagu Persis Salju itu mengenakan hijab dengan solekan ringkas sehingga menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.
Rata-rata memuji kecantikan Syafinaz yang kelihatan lebih ayu dan manis apabila memakai hijab selain mendoakannya supaya kekal dengan imej seperti itu satu hari nanti.
Persis bidadari
Moga istiqamah
Kekal awet muda!
Cantiknya.. manis tengok
Terdahulu, Syafinaz atau mesra disapa Tok Naz pernah beberapa kali mencVri tumpuan apabila menjadi guru vokal kepada qari dan qariah untuk memantapkan lagi teknik taranum dan melagukan ayat-ayat suci al-Quran di sebuah akademi di Negeri Sembilan.
Info tambahan
Syafinaz merupakan juri tetap program realiti popular, Gegar Vaganza. Tidak dinafikan, beliau mempunyai aura tersendiri dan penampilannya dalam program berkenaan sentiasa ditunggu-tunggu peminat.
Bersandarkan pengalamannya sebagai penyanyi dan ilmu dalam bidang vokal, Datuk Syafinaz memiliki kelebihan untuk menilai kemampuan dan potensi para peserta.
Berusia 50 tahun, penyanyi kelahiran Johor ini dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.
Difahamkan wanita berbakat besar ini mula menceburi industri seni seawal umur 7 tahun dan pelbagai pengiktirafan berjaya diraih.
Malah, pengetahuan dan pengalaman Datuk Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga menjadikannya antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti.
Wanita tinggi lampai yang terkenal dengan suara soprano ini juga merupakan konduktor dan vocal master untuk Koir Permata Seni. Selain itu, Datuk Syafinaz pernah dipilih sebagai juri program nyanyian Malaysian Idol, AF Megastar dan Gegar Vaganza.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ingin Bersamamu ini juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan vocal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.
Sumber: IG Syafinaz Selamat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
Leave a Reply