
Nyanyian Marsha Milan Jadi Tumpuan Cikgu Shafi, Tak Sangka Ini Pula Komen Dari Cikgu Shafi
Walaupun sudah enam hari melabuhkan tirainya, bahang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) masih terasa apabila ramai yang kekal memperkatakan tentang persembahan dan kualiti vokal nyanyian barisan artis yang bertanding.
Ini termasuklah, guru vokal popular Shafizawati Sharif atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Shafi yang memuji salah seorang anak didiknya iaitu Marsha Milan Londoh.
Syafizawati Sharif atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Shafi dilihat memuji salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) iaitu Marsha Milan Londoh yang memukau para penonton menerusi lagu Kembali Terang.
Melakukan Nyanyian Intensiti Tinggi
Menurut Cikgu Shafi, Marsha mempunyai kebolehan untuk melakukan nyanyian berintensiti tinggi, yang mana hanya segelintir individu sahaja di dunia yang dikurniakan kebolehan berkenaan.
“Apa yang dilakukan oleh Marsha dipanggil sebagai nyanyian berintensiti tinggi, yang mana hanya segelintir di dunia ini yang dikurniakan kebolehan ini.
Fikir Aretha Franklin, fikir Jennifer Hudson, sama seperti mereka, Marsha telah dikurniakan kebolehan untuk mencipta suara melalui range dia, dan untuk itu, saya salute kepadanya.”-Tulis Cikgu Shafi
Bekerjasama Untuk Perkemas Vokal Marsha
Bekerjasama selama beberapa minggu untuk memperkemaskan vokal Marsha, Cikgu Shafi menyatakan bahawa dia melihat keazaman dan disiplin Marsha sebagai penyanyi yang hebat.
“Selama beberapa minggu, kami bekerjasama untuk memperkemaskan vokal Marsha. Ia termasuk kerja fizikal, mental, dan inner-soul.
Selama berminggu-minggu, saya melihat keazamannya sendiri dan kemahuan untuk mengekspresikan seninya, dan disiplin yang dia miliki sebagai penyanyi yang sangat mengagumkan.”-Tulis Cikgu Shafi.
View this post on Instagram
Sekadar info, Marsha berjaya memukau para penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil setelah menyanyikan lagu ‘Kembali Terang’ di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37).
Tahun lalu, Marsha berjaya memenangi tempat kedua di AJL36 apabila terpaksa tewas dengan SOG dan Shila Amzah yang membawakan lagu Pelukan Angkasa.
Bagaimanapun tahun ini nasib tidak menyebelahi Marsha apabila gagal membawa pulang sebarang trofi.
Namun persembahan Marsha di AJL37 sememangnya memukau sehingga menerima standing ovation penonton di Stadium Axiata Arena.
Sumber: gempak/hotfm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply