
Nabil Ahmad Kena ‘Sound’ Dengan Mas Idayu Sebab Tanya Soalan ‘B0d0h’ Di Konti ERAFM
SEGMEN 3 Pagi Era yang bersiaran pada Selasa gamat apabila pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mendapat respons pedas daripada Mas Idayu selepas dia mencadangkan penyanyi berkenaan menyertai program Gegar Vaganza musim kesepuluh tahun ini.
Mas Idayu, 51, menyifatkan soalan ditanya Nabil sebagai bodoh kerana ia sekali gus menjatuhkan taraf bagi seseorang artis yang sering menjadi juri tetap dalam pertandingan nyanyian.
Mas Idayu tolak menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.
“Itu soalan bodoh… bagi mummy itu memang stupid,” katanya.
Mas Idayu menjawab soalan itu ketika muncul sebagai tetamu menerusi segmen berkenaan yang turut dikendalikan oleh Azad Jazmin dan Radin.
Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, sekiranya pelawaan itu dibuat 12 tahun lalu mungkin masih relevan untuk dia menyertai pertandingan dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut.
Pada tahap ini kata penyanyi lagu Cintaku 100% itu, jika seseorang artis sering dipanggil untuk menjadi juri tetap, mereka tidak seharusnya merendahkan taraf artis itu.
Mas Idayu tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.
“Sebenarnya kalau 12 tahun dulu, boleh sebab belum betul-betul establish sebagai juri tetap.
“Bukan tak ada nama, ada… tetapi mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan dan tak payah sebut Gegar Vaganza, mana-mana program lain pun mummy akan masuk.
“Pada tahap ini, artis yang sudah jadi juri tetap dan sentiasa dipanggil jadi juri rasanya jangan jatuhkan level kami,” jelasnya.
Mas Idayu yang terkenal dengan sikap tegas ketika mengadili peserta dalam pertandingan nyanyian pernah dicabar netizen agar menyertai Gegar Vaganza bagi membuktikan dia seorang penyanyi berkaliber.
Desakan itu semakin kuat apabila baru-baru ini Mas Idayu ditempelak netizen kerana bertindak memarahi pasangan duo Sissy Imann dan Naim Daniel menerusi program Famili Duo.
VIDEO di bawah sekali
— RedsJakes (@RedsJakes) February 21, 2023
Antara komen netizen,
Ajai Ok Je Jadi Juri Dan Masuk The Mask Singer!
Mus May Zamani Slam Yg Lagi Legend Lagi Otai Dari Dia Pun Join
Kalau Masuk Mesti Kne Kutuk, Dia Elak Awal2😂😂
Saya Sokong Mami Masuk, Buktikan Kat Peminat, Mami Masih Menyengat
GV Untuk Artis Yg Dah Tenggelam.. Nak Naikkan Balik…. Jawapan Yg Betul Dai Mas Idayu
Pertanyaan Yang Tak Bisa Menghargai Mas Idayu Sebagai Juri Top Malaysia.
Ada Nampak Muka Mummy Merah… Ckp Pun Mcm Nafas Tgh Kayuh Naik Bukit…
Suka Kak Mas .. Moga Kak Mas Terus Tegas Mendidik Artis Skg Agar Dapat Tingkatkan Mutu Seni Musik Negara
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply