Chef Wan Kini Disahkan Menghidap kanser & Doktor Terpaksa Lakukan ini

PETALING JAYA – Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma dan bakal memulakan rawatan dalam masa terdekat.

Menurut hantaran beliau di laman Instagram, kanser limfoma yang dihidapi mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan beliau masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.

“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.
“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.

Tambah Chef Wan, kanser tersebut mempunyai peluang sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.
“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, beliau telah menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.

“Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.

“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*