Pasangan kekasih mati dalam keadaan bogel dalam kereta

SEORANG lelaki dan wanita, dipercayai pasangan kekasih, ditemukan maut dalam sebuah kereta akibat keracunan gas karbon monoksida.

Pasangan tersebut ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang di dalam sebuah kereta mewah oleh penduduk setempat.

Ketika ditemui pada Isnin lalu, kedua-duanya sudah tidak bernyawa namun enjin kenderaan masih hidup, tingkap serta pintu kereta juga tertutup rapat dalam keadaan pendingin hawa masih dipasang.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Fadillah  berkata, daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan doktor, kedua-dua mereka disyaki meninggal dunia akibat terhidu gas beracun.

“Betul, disyaki ia berpunca daripada terhidu udara atau gas beracun dari dalam kereta,” katanya.

Tambahnya, tiada sebarang tanda kecederaan lain ditemui pada anggota tubuh kedua-dua mangsa.

Malah barangan berharga seperti beg tangan dan telefon bimbit turut ditemui di dalam kereta.

Keluarga kedua-dua mangsa juga tidak mahu melakukan bedah siasat dan jenazah sudah diserahkan untuk urusan pengebumian.

Video ketika penemuan mayat tersebut turut tular di laman TikTok.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*