“Dia Nak bayar hutang dengan motosikal..” Hidayah dedah Ali cuba bayar hutang

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh ada memberitahu bahawa dirinya cuba bayar hutang kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah tetapi wanita itu menolak.

Tidak mendiamkan diri, Hidayah tampil perjelaskan hal sebenar dirinya menolak cara bayaran Ali.

Kata wanita itu, dia menolak kerana pihak sana mahu membayar hutang berkenaan dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal dan bukannya dalam bentuk wang tunai seperti diperintah mahkamah.

Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya.

Kata Hidayah lagi sewaktu ditemubual oleh pihak Harian Metro, pembayaran hutang ini bukanlah ‘sistem bater’ dimana pelawak itu boleh membayarkan menggunakan barang tanpa pembabitan wang tunai.

Sebelum ini, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey ini ada memuat naik di Instagram menggesa agar adik iparnya membayar hutang secepat mungkin selepas wanita itu menang kes saman pada 18 Februari tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*