
Seorang kakak melakukan pengorbanan besar dengan mendermakan rahimnya kepada adik perempuan yang tidak dapat melahirkan anak.
Wanita berusia 40 tahun itu sudah mempunyai dua anak dan membuat keputusan untuk mendermakan rahim kepada adiknya berumur 34 tahun yang tidak boleh melahirkan anak disebabkan mengalami masalah genetik.
Selepas mengambil masa hampir sembilan jam setengah, pembedahan tersebut berjaya dilakukan dan sekumpulan pakar bedah di Britain berbangga dengan pencapaian tersebut.
Difahamkan, ia merupakan prosedur pemindahan rahim pertama negara itu yang melibatkan penderma hidup.
Ia adalah luar biasa. Ia mungkin minggu paling tertekan dalam kerjaya pembedahan saya tetapi hasilnya positif.
Kejadian itu berlaku pada Februari lalu dan lebih 30 staf hospital kemudian menukar syif untuk memantau wanita berkenaan selama 24 jam berikutnya.
Pakar bedah, Profesor Richard Smith berkata dia berpuas hati apabila penderma dan penerima rahim gembira dengan pembedahan tersebut dan dalam keadaan baik.
Identiti kedua-dua wanita itu tidak didedahkan dan penerima rahim tersebut dikatakan merancang untuk hamil menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada hujung tahun ini.
Sumber: BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply