Selamat berlangsung majlis tertutup, Rupanya jejaka pilihan Nabila bkan calang2

Penyanyi wanita, Nabila Razali dikatakan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas pelumba kereta litar formula dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani beberapa hari lalu.

Sumber rapat maklumkan. Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada kenyataan sumber yang juga insan rapat pasangan terbabit, majlis berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja di kediaman Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” ujar sumber.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dihadiri ahli keluarga kedua-dua pihak sahaja
Merujuk kepada sumber yang merupakan ahli keluarga kepada individu yang berjaya mengetuk pintu hati penyanyi popular itu, majlis berlangsung antara keluarga sahaja dan diserikan dengan pelamin kecil serta hantaran dari kedua-dua belah pihak.

Walau bagaimanapun, tarikh mereka akan disatukan tidak pula dinyatakan namun dijangka pada tahun hadapan.

Terdahulu, khabar angin mendakwa bahawa Nabila dan seorang jejaka keluar bersama di Genting Highland apabila ada peminat terserempak dengan mereka.

Lelaki yang berjaya mencuri hati pelantun lagu Peluang kedua itu juga bukan calang-calang apabila merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang menguruskan empayar perniagaan keluarga.

Pemuda berusia 37 tahun itu juga terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008 dan menggemari sukan permotoran yang mana menjadikan hubungan mereka semakin dekat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun begitu, belum ada sebarang pengesahan daripada mulut penyanyi berkenaan dan juga pasangannya berkenaan kesahihan khabar angin tersebut.

Apa-apa pun semoga ada berita gembira dari Nabila Razali dan Nik Iruwan tentang hari bahagia mereka kepada para peminat.

Sumber : ohmy medla

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*