
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyelar ungkapan dicanang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla berhubung kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.
Dalam ceramahnya, Azhar menegaskan, kenyataan itu tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.
“Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.
“Betul atau tidak?
“Jawapannya betul…orang ini sudah tidak betul.
“Ini hadis ke?
“Ini perkataan netizen.
“Hidup kita kena ikut netizen ke hadis?
“Kalau ikut netizen sesat kamu jumpa api neraka,”
katanya menerusi video ceramahnya yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.
Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam sejak minggu lalu mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan dia telah bernikah kali kedua.
Kata Abang Tesla, ada ustaz yang memberitahu dirinya bahawa ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ hingga mendapat kecaman ramai.
Tambah Azhar, kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyakiti hati isteri pertama.
“Siapa jadi isteri pertama pastinya terasa hati dengan kenyataan begini.
“Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita (suami) sebab itu hadis nabi kata antara orang beriman yang terbaik adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri,” ujarnya.
Sumber : Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply