
USAHAWAN kosmetik Erica Baiduri berkongsi video gelagat suaminya iaitu Muhammad Azri Che No terlalu memanjakan bayi lelaki mereka.
Kata Erica atau lebih mesra dengan panggilan
Madammu, 33, suaminya tidak mahu anak mereka diberi nama Ahmad Kayden mandi dengan air paip semasa berada di kampungnya di Besut, Terengganu.
Disebabkan itu, suamina sanggup membelikan beberapa botol air mineral untuk dijadikan air mandian anakya itu. Pembantu sediakan air mandian buat Kayden.
“Ini bukan kerja mummy, in kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip… air mineral dia beli.
Dalam rakaman tersebut, pembantunya dilihay mencampurkan air suam bersama beberapa botol air mineral ke dalam bekas mandian bayi.
Meskipun terhibur dengan tindakan suaminya itu, Madammu percaya it merupakan salah satu cara suaminya menunjukkan rasa kasih kepada anak mereka.
“Korang kecam sikit TP (suami) itu. Tapi begitulah kasih bapa yang jarang orang nampak,” luahnya
Madammu percaya kasih sayang ayah luar biasa. Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga.
Tiga anak Azri iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi dijaga dengan baik oleh Madammu.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply