
“Jangan tipu! Kalau bisnes, mesti mau jujur. Betul tak?!” demikian kata lelaki dalam video tular di media sosial sejak semalam, yang mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah kedai menjual perabot.
Difahamkan, pengadu membeli perabot di sebuah kedai perabot terkemuka di Selayang. Jumlah harga perabot yang dibeli adalah bernilai lebih RM5,000.
Malangnya, apabila perabot dihantar ke rumah, pengadu mendapati perabot tersebut merupakan perabot ‘display’ dan keadaannya juga teruk.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, pengadu dan keluarganya terus menyerbu kedai perabot tersebut serta menuntut penjelasan. Tetapi pengadu pula dipersalahkan kerana tidak memaklumkan mahu perabot baharu.
“Beli furniture harga RM5,000+. Dapat barang display, condition teruk. Staff cakap customer tak mention nak barang baru daripada kilang.
“Sebab itulah dapat barang display atau barang lama,” kata kapsyen pada video tersebut.
Sedangkan pada hari pembelian, pengadu sudah menegaskan bahawa dia mahukan perabot baharu, bukannya perabot display.
“Itu hari saya sudah cakap sama dia, saya tak mau display punya perabot,” katanya.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila ahli keluarga pengadu mendapati salah seorang pekerja wanita di kedai itu bertindak merakam video mereka.
Dua wanita yang dipercayai isteri dan ibu pengadu menempelak pekerja terbabit dan mempersoalkan tindakannya membuat rakaman video, sedangkan dia tiada hak untuk berbuat demikian.
“Apa yang you rakam, you nak viralkan ke apa? Saya yang rugi, saya yang patut rekod. You rugi apa?” tegasnya.
Salah seorang pekerja warga asing turut tidak terkecuali dihamun.
“You kerja dengan ini kafir punya orang, sama makan babi you!” katanya.
Sumber: Facebook
Leave a Reply