Pemandu Saga pukul penunggang motosikal telah ditahan untuk siasatan lanjut

Pemandu Proton Saga yang terbabit dalam kes pukul penunggang motosikal dalam video tular hari ini dilaporkan telah berjaya ditahan.

Menurut sumber, saspek bapa kepada dua anak itu yang menetap di Taman Kampung Kuantan, Klang, Selangor telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

Terdahulu tular video saspek menyerang mangsa berusia 21 tahun kerana tidak berpuas hati dengan lelaki itu yang membunyikan hon terhadapnya.

Dalam laporan polis yang dibuat pada jam 12.44 pagi Isnin, mangsa menjelaskan dia membunyikan hon terhadap saspek yang memandu secara berbahaya dan hampir melanggarnya.

Tiba di lokasi, saspek menghalang laluan mangsa sebelum keluar dari kereta lalu menolak mangsa sehingga terjatuh.

Di kesempatan itu, saspek bertindak menumbuk muka dan menendang perut serta kaki mangsa beberapa kali.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian bibir, tulang rusuk dan kaki.

Sumber: thereporter

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*