Abdullah sudah boleh cakap semula, kesihatan beransur pulih. Tak sngka ini prmintaan pertama dia sebut hingga abgnya mnagis

KUALA LUMPUR: Abang sulung kepada satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas yang meragut nyawa enam ahli keluarga mereka di Jalan Segamat-Kuantan, 1 September lalu, memuat naik dua video melalui aplikasi TikTok hari ini mengenai perkembangan adiknya yang sudah boleh bertutur semula.

Melalui akaun @Rahmanlahhhhh, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, kongsikan rakaman gelagat Abdullah Amir Ruddin, 15, yang dilihat semakin sihat dan mampu bercakap dengan bantuan orang sekeliling.

Abdur Rahman turut berkongsi cerita mengenai janji temu dengan doktor yang merawat adiknya itu, semalam, dan perubahan positif kesihatan Abdullah yang beransur pulih.

“Semalam, ketika janji temu dengan doktor tekak, doktor kata awak dah boleh makan piza nanti. Wah, kemain dia suka… lepas itu naik saja ambulans, terus dia cakap: ‘duo’ (Abdullah) dah boleh makan, ‘duo’ nak KFC.’

“Kebetulan hari ini abang keluar, sempatlah lari juga belikan KFC… suka betul dia, makanlah puas-puas sampai gemuk,” tulis Abdur Rahman dalam hantaran yang turut mendapat perhatian ramai dengan lebih 38,900 tanda suka dan lebih 1,200 komen.

Abdullah terselamat dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang yang meragut nyawa enam ahli keluarganya, iaitu ibu, Noorahimah Noor Muhamad, 43; bapa, Amir Ruddin Ismail, 46; dan empat beradiknya, Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10; serta Muhammad Assyakrawi, 5.

Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan menghantar Noorahimah yang bertugas di Sekolah Agama Kemedak di Segamat.

Sebelum ini, Abdullah dilaporkan kritikal sejak hari kemalangan, namun mula menunjukkan perkembangan positif sepanjang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Dalam video sama, Abdur Rahman turut meminta adiknya yang merupakan pelajar di Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir, supaya memohon orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih dan mampu meneruskan hafazan al-Quran.

Selain itu, Abdur Rahman memuat naik satu lagi rakaman video yang memaparkan Abdullah sedang bernasyid lagu ‘Rindu Madinah’ dengan alunan darbuka, dengan diiringi rakan dan keluarganya.

Seorang pengguna TikTok, @Nazihah Ahmad, antara lain menzahirkan kesyukuran dengan keadaan kesihatan Abdullah yang semakin baik.

“Saya menangis kegembiraan melihat Abdullah sudah boleh bercakap dengan jelas dan boleh makan apa yang dia nak. Terima kasih abang (Abdur Rahman),” katanya.

Seorang lagi pengguna TikTok, @Norihan990 mendoakan supaya Abdullah dapat kembali menghafal al-Quran sedikit masa lagi, selain terus kuat menempuhi ujian dialaminya itu.

Sumber: BH

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*