Adik Lelaki Bongkar Rahsia, Dakwa Shila Amzah Jual Rumah Sebab Duit. “Tak perlu back up, dia fake”

Nampak gayanya kemelut adik beradik penyanyi popular, Shila Amzah semakin ‘panas’ selepas adik lelakinya, Amir Syafiq tampil membongkarkan ‘perangai’ penyanyi terbabit di live TikTok.

Kata Syafiq, kakaknya langsung tidak membuat sebarang perbincangan awal sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah.

Bahkan, dia berkata Shila mahu menjual rumah tersebut kerana mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

@mstarmalaysia

Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit #sembangentertainment #mstar #shilaamzah

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Dia tahu rumah ni boleh datangkan duit. Mungkin nilainya RM2.5 juta sekarang.

Dalam pada masa yang sama, Syafiq dengan selamba mendedahkan kakaknya itu merupakan seseorang yang suka berpura-pura.

Malah merasakan tindakan Shila untuk menjual rumah itu dengan menggunakan kuasa ‘veto’ adalah tidak wajar.

Tak perlu nak back-up dia. Apa yang dia tunjukkan semua fake.

Tambahannya lagi, Shila serta orang-orang terdekat dengannya pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka, Datin Fauziah.

Sumber: Tiktok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*