
Pelakon dan personaliti TV, Jihan Muse sekali lagi dikritik gara-gara keterlanjurannya ketika mengacarakan program nyanyian All Stars Gegar Vaganza malam tadi.
Dalam video yang dimuat naik seorang individu ini di aplikasi X, Jihan ada berseloroh mengenai vokalis kumpulan Caliph Busker iaiti Azmi Saat.
“Kalau satu Azmi, Azmi Saat. Kalau 60 Azmi, jadi Azmi apa? Azmi minit…” – Jihan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Jihan tidak sensitif ketika menjalankan tugas dan tidak patut mempermainkan nama seseorang.
Malah, ada yang beranggapan lebih baik program nyanyian itu dikendalikan oleh Elly Mazlein berbanding Jihan Muse yang dianggap tiada ‘common sense’ oleh kebanyakan netizen.
Lihat video di bawah:
@boom.malaysia Apa komen korang? Artikel penuh boleh skroll di Instagram Story kami atau terus ke www.boom-malaysia.com boom boommalaysia artismalaysia artist top celebrity star icon idol no1 influencer news viral trending fyp nabilahmad jihanmuse azmisaat gegarvaganza2023 • p/s : minta halalkan video yang kami ambil ya. • 📹 Kredit : popcrave • Untuk kredit atau apa-apa berkenaan video, sila DM min dulu ya.
Sumber: X
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply