Muat Naik Gambar Didukung Ketika Masih Bersama, Hafidz Roshdi ‘Warning’ Shu – “Padam, Sebelum Saya…”

hafidz

Selepas bekas isterinya memuat naik foto lama mereka ketika masih bersama, pelakon Hafidz Roshdi memberikan respon menerusi hantaran di Instagram.

Aktor itu menegur dan meminta Shu atau Nurul Shuhada Mat Shukri untuk menukar foto terbabit dengan kadar segera atau padam hantaran itu sebelum dia mengambil tindakan lanjut.

Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahulah nak promote untuk tujuan apa. Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh padam, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah.

hafidz

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram Hafidz, begitu juga Shu yang turut memadam hantaran berkenaan selepas ia tular dan dikritik.

Bekas isteri Hafidz itu menerima kritikan warganet dan dilabel masih tidak ‘move on’ kerana berkongsi gambar didukung aktor terbabit.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*