
Umum mengetahui mengenai kemelut yang dihadapi penyanyi popular Shila Amzah dengan keluarganya baru-baru ini.
Malah, ramai warganet yang berasa kasihan kepada Shila kerana telah lama berdepan dengan ujian sebegitu.
Susulan itu, ada beberapa individu yang tampil memohon maaf kepada Shila menerusi sesi soal jawab di Instagram Storiesnya.
Mereka mengakui bahawa sebelum ini sering bersangka buruk terhadapnya sehinggalah terbongkar kisah sebenar yang dilalui Shila.
“Hi Sha… just nak mintak maaf pernah ada sebelum ni bersangka buruk pasal Sha.
“I just wanted to say sorry for all the bad things ive ever thought about you. Stay strong Sha!” tulis beberapa individu.
Dengan terbuka hati, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, memaafkan sesiapa yang pernah berfikir buruk terhadapnya.
“It’s okay, I forgive you, kita buka buku baru okay.
“Tak apa, Sha takleh nak salahkan korang pun… kebenaran tersimpul rapi. Takpe lepas ni kita sama-sama cuba sangka baik dengan semua orang… Sha pun nak kena perbaiki juga apa yang perlu,” jawabnya.
Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan Shila ingin menjual rumah banglo yang didiami oleh ibu dan adik beradiknya yang lain.
Namun begitu, Shila telah tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Sumber: xtra
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply