‘Mana kau dapat muka (gambar) tu, Kenapa kau post gambar aku?!’ – Pelajar tampar rakan sekelas kerana post gambarnya tanpa izin di TikTok

Tular video di media sosial hari ini menunjukkan seorang pelajar tingkatan lima menampar rakan sekolahnya kerana perselisihan faham yang sepatutnya dapat dielakkan.

Difahamkan, pelajar yang dipercayai bernama Ella, tidak berpuas hati dengan pelajar berkenaan yang bernama Nana, yang didakwa telah memuat naik gambar Ella di TikTok.

Perbuatan Nana itu dilakukan, tanpa pengetahuan dan keizinan menyebabkan Ella tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan Nana.

“Amende ni? Mana kau dapat? Kau cakap sekarang mana kau dapat? Aku tak main phone kau tau, si#l. Mana kau dapat gambar aku? Cakap sekarang!

“Aku tanya kau, mana kau dapat muka (gambar) tu? Pastu kenapa kau nak post?!” tegasnya sambil menampar Nana beberapa kali.

Dari mana dapat gambar & kenapa post di media sosial

Ada beberapa rakan sekelas yang lain meminta Ella bersabar dan tidak bertindak di luar batasan. Tetapi Ella memberi amaran kepada mereka untuk tidak masuk campur.

“Aku tak ngam tau dengan budak ni, tiba-tiba je muka aku dalam phone dia. Mana kau dapat? Aku nak tau tu je. Kau melebih-lebih tau tak?!

“Aku tau la ramai budak sekolah tak puas hati dengan kau ni. Terpaling psiko Nana la katakan.

“Kau nak post, kau post gambar muka member kau. Bukan post muka aku, bodoh. Kau jaga sikit perangai kau eh, aku dah bagi setepek,” tegasnya.

Hidung berdarah akibat ditampar, sekolah nasihatkan ibu buat laporan polis

Video tersebut naik oleh ibu Nana, Waheeda Airny Anwar di Facebook sejak petang semalam yang telah ditonton lebih dari 116,000 penguna media sosial.

Dalam kenyataannya di Facebook, Waheeda mendakwa anaknya mengalami pendarahan hidung akibat ditampar oleh Ella. Pihak sekolah juga ada menasihatkannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Beberapa jam selepas kejadian, Ella dikatakan telah datang ke rumah Nana untuk memohon maaf di tindakannya sebelum itu. Bagaimanapun, Waheeda meminta Ella pulang ke rumah dan datang semula dengan ibu bapa sekiranya mahu memohon maaf.

“Dia mai rumah tadi nak minta maaf. Mai seorang. Ida suruh balik. Mai datang bawa mak ayah kalau nak minta maaf,” katanya.

Tak pernah bertegur, tiba-tiba post gambar di TikTok

Kedatangan Ella itu turut direkod oleh Waheeda. Dalam video berdurasi 2 minit 12 saat itu, Ella memohon maaf dan mengakui dia tidak berkawan dengan Nana. Dan disebabkan itu dia mempertikaikan perbuatan Nana yang memuat naik gambar dirinya di TikTok.

“…memang selalu masuk kelas, bengkel sama-sama tetapi tak pernah tegur dia. Saya memang tak pernah cari masalah dengan dia dan tak ambil tahu tentang masalah dia.

“Dia post gambar saya dekat TikTok. Gambar muka saya yang saya tak snap dalam phone dia dan tiba-tiba ada dekat TikTok. Itu pun saya dimaklumkan oleh kawan saya. Saya pun pelik lah, apa yang saya dah buat pada dia sampai dia nak post muka saya dengan view mencapai 309,” jelas Ella.

Dalam pada itu, Ella mengakui tindakannya salah kerana terlalu mengikut emosi sehingga bertindak di luar batasan.

“Saya tak boleh nak kawal emosi, sebab itu saya melebih sangat. Saya memang mengaku saya bersalah,” katanya.

Bagi pendapat Waheeda, jika tindakannya menampar itu hanya berlaku sekali sahaja mungkin boleh dikatakan sebagai terkhilaf. Namun, tindakan Ella menampar anaknya berkali-kali menunjukkan itu sememangnya tabiat Ella.

Malah Waheeda mengatakan dia diberitahu oleh guru sekolah yang Ella sudah melakukan perbuatan yang sama terhadap pelajar lain beberapa kali.

Dakwaan itu mengejutkan Ella yang terus menafikan tuduhan tidak berasas tersebut.

Sumber: Facebook Waheeda

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*