‘Sejak diboikot, abang ipar saya (OKU) sudah tidak dipanggil bekerja’ – Wanita rayu bantuan orang ramai cari kerja untuk abang iparnya

Konflik antara Palestin dan Israel, masyarakat telah bertindak memboikot produk-produk yang menyumbang kepada lsrael. Sebelum ini, media melaporkan McDonald’s Israel telah mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel.

McDonald’s Malaysia yang dimiliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd bagaimanapun menegaskan tindakan McDonald’s lsrael merupakan tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi juga, Mc Donalds Malaysia turut memaklumkan McDonalds Corporation tidak membiayai atau terlibat dalam sebarang bentuk keganasan dan penindasan di mana-mana negara sekalipun.

Namun, kesan boikot ini juga dilihat memberikan kesan kepada pekerja-pekerja McDonald’s di Malaysia.

Di aplikasi X, seorang wanita meminta jasa netizen untuk menghubunginya jika ada jawatan kosong untuk diberikan kepada abang iparnya yang sebelumnya merupakan pekerja sambilan di restoran makanan segera itu.

“Abang ipar saya merupakan seorang OKU (pendengaran) bekerja sambilan di McDonalds.

“Semenjak diboikot, dia langsung tak dipanggil. Dia baru sahaja kahwin. Lokasi di Tanah Merah, Kelantan atau kawasan sekitarnya,” tulisnya.

Sumber: MollyMcDonald’s

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*