Pekerja kedai nasi kandar berseluar dalam di dapur, ramai kembang tekak tengok aksi separuh bogel!

VIDEO memaparkan seorang pekerja restoran yang hanya berseluar dalam ketika bekerja tular di media sosial sejak Selasa.

Video tular itu dirakam di sebuah kedai nasi kandar terkenal yang terletak di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Menerusi video yang tersebar menerusi TikTok dan laman X, pekerja tersebut dilihat sedang bertinggung di bahagian dapur sambil menghalakan badan ke arah peralatan memasak.

Individu itu kemudiannya berpaling ke belakang dan menyedari aksinya sedang dirakam seseorang, dipercayai pelanggan.

Dia yang berseluar dalam warna hitam dilihat terus bangun apabila menyedari kelibatnya sedang diperhatikan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berjenaka tentang video itu, tak kurang juga yang menyelar pekerja berkenaan.

“Itu nasi kandar ke nasi kangkang?

“Saya dah tak makan nasi kandar berkurun lamanya. Geli tekak.

“Yang ni tak nak boikot ke?” tulis netizen di ruangan komen.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*