15 Pelajar Sekolah Di Pasir Gudang Alami Muntah, Sesak Nafas Susulan Kebocoran Gas

Pasir Gudang – Seramai 15 orang pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran udara.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh laman facebook Info Roadblock JPJ/Polis, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPD) telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang tadi.

Menurut maklumat daripada JBDP Johor Bahru, sehingga kini, seramai 15 orang pelajar mengadu muntah-muntah dan telah diberikan rawatan awal dan telah dihantar ke hospital.

Keracunan telah disahkan oleh HAZMAT Malaysia berpunca daripada pencemaran udara.

Selain PDRM dan jabatan Bomba, petugas dari Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah turun ke kawasan kejadian.

 

 

Sumber: JBPD Johor Bahru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.