4 Kluster Baharu Muncul, Najib Mahu Arahan ini Disemak Serta Merta

KUALA LUMPUR – Susulan kewujudan empat kluster baharu C0v19 di Malaysia yang mana tiga daripadanya melibatkan indeks orang yang tiba dari luar negara, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah sendiri disemak serta-merta.

Tegasnya, individu yang baru pulang dari luar negara perlu dianggap kes suspek dan dikendalikan sedemikian.

Ini sehingga sampai ke pusat kuarantin yang telah ditetapkan kerajaan.

“Jika kos merupakan faktor kenapa membenarkan kuarantin di rumah, saya percaya mereka yang tiba atau pulang dari luar negara mampu menampung kos bagi kuarantin 14 hari dalam pusat kuarantin rasmi negara atau dalam hotel-hotel yang telah disyorkan kerajaan.

“Suruh mereka bayar sendiri.

“Dan sesiapa yang ingkar kuarantin wajib perlu berdepan dengan penjara mandatori dan bukan dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.

“Hanya lepaskan mereka selepas kuarantin wajib 14 hari dan disahkan negatif,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kerajaan sebelum ini mewajibkan semua individu yang baru pulang dari luar negara sama ada melalui pintu udara, darat mahu pun laut diasingkan di pusat kuarantin yang telah ditetapkan kerajaan.

Arahan tersebut bagaimanapun disemak semula kerana kos yang tinggi dan kerajaan mengarahkan mereka menjalani kuarantin di rumah bermula 10 Jun lalu.

Tambah Najib, rakyat Malaysia dan ekonomi negara sudah tidak mampu untuk menanggung kesan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula.

“Warga Malaysia tidak mahu apa yang menimpa negara Australia sekarang yang kini mengalami gelombang kedua C0v akibat kelemahan sistem kuarantin mereka berlaku di Malaysia

“Saya percaya Rakyat Malaysia tak larat untuk mengulangi PKP (selama) enam minggu lagi setelah kita sudah berkorban 2 bulan.

“Kerugian kepada ekonomi kita jika kita terpaksa mengulangi tempoh PKP adalah sangat besar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

C0v19: Rasa puas hati membuahkan kegagalan

“Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu C0v19 di negara ini.

Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu.

Laporan Klvster C0v-19 yang aktif di Malaysia

Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan p0sitif C0v-19 beberapa hari kemudian.

Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati.

“Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada.

“Tanggung jawab memutuskan rantaian C0v-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaskanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula. –

Gelombang Kedua Melanda Sarawak

Kes positif COV-19 di Sarawak kembali mencecah dua angka apabila 10 kes baharu direkodkan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata angka itu menjelaskan gelombang kedua pandemik COV-19 mula melanda negeri ini.

Beliau berkata, enam daripada kes baharu hari ini dilaporkan di Kuching dan masing-masing dua di Samarahan serta Bintulu.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COV-19 di Sarawak kini meningkat sebanyak 594 kes.

“Kluster baharu juga dikesan iaitu Kluster Kapal LNG Jupiter berikutan pertambahan dua kes pada hari ini.

Menjadikan jumlah keseluruhan kes yang membabitkan kluster ini ialah seramai tiga orang daripada keseluruhan 30 orang kru kapal yang disaring.

“Kes positif bukan warganegara itu adalah kontak rapat kepada kes positif yang sudah dikesan pada 13 Julai lalu di atas kapal LNG Jupiter,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Uggah berkata, empat kes positif warganegara balik dari luar negara pula dikesan kalangan mereka yang sedang menjalani kuarantin selama 14 hari iaitu masing-masing dua di Kuching dan Samarahan.

“Kesemua kes ini dikategorikan sebagai kes import yang membabitkan warga tempatan,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi kes positif hari ini membabitkan seorang wanita warga emas yang mengalami Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Kuching.

“Kes ini adalah jangkitan tempatan kerana tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat ke luar negara,” katanya.

Katanya lagi, satu lagi kes positif membabitkan seorang pekerja kesihatan hari ini adalah kontak rakan tempat kerja kepada kes Ke-582 yang dikesan pada 15 Julai 2020.

“Kes tidak menunjukkan sebarang gejala dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. Ia juga adalah jangkitan tempatan kerana tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat ke luar negara.

“Dua lagi kes positif hari ini membabitkan warga tempatan yang membuat saringan kendiri di hospital swasta dan punca jangkitan untuk kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu Uggah berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Kesihatan Sarawak Isnin ini bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kelengkapan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

“Berikutan situasi terkini kes yang meningkat semula, kita mahu memastikan PPE mencukupi untuk petugas barisan hadapan,” katanya.

MalaysiaGazette, Bharian